Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung pengeluaran

Samsung Bina Kilang Bateri EV Di Seremban Bernilai RM5.8 Bilion

Diterbitkan Julai 21, 2022 · Dikemas kini Julai 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd (SDIEM) membina kilang baharu di Seremban, Negeri Sembilan dalam usaha memenuhi permintaan bateri silinder yang digunakan untuk kereta elektrik (EV) dan peralatan elektrik lain.

Dengan pelaburan sekitar RM5.8 bilion (1.7 trilion won) ini, Samsung SDI berkata pengeluaran bateri PRiMX 21700 melalui kilang tersebut dijangka bermula pada 2024.

Samsung Bina Kilang Bateri EV Di Seremban Bernilai RM5.8 Bilion
Sumber: Samsung SDI

Bateri ini juga akan digunakan untuk kenderaan mikromobiliti.

Pelaburan Samsung SDI ini yang menjadi perintis pengeluaran bateri EV di Seremban ini akan menyediakan peluang pekerjaan untuk anak muda dan membuka peluang perniagaan tempatan, menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sumber: Samsung SDI

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY