Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Pada Telefon Ada Tab Baharu Seumpama ‘Following’ Pada TikTok

Facebook Pada Telefon Ada Tab Baharu Seumpama ‘Following’ Pada TikTok

Diterbitkan Julai 22, 2022 · Dikemas kini Julai 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Aplikasi Facebook pada telefon Android dan iOS kini mempunyai satu tab baharu — Feed.

Tab Home sememangnya lama wujud namun akan ada sedikit perubahan dari segi kandungan dipaparkan.

Home akan memaparkan kandungan berdasarkan algoritma, termasuklah penyertaan Reels, Stories dan lain-lain yang dirasakan ‘kena’ dengan anda.

Facebook Pada Telefon Ada Tab Baharu Seumpama ‘Following’ Pada TikTok
Feed
pula khas berkongsi kandungan dimuat naik oleh rakan anda di Facebook, halaman disukai, ‘favourites’ dan lain-lain yang sememangnya terhubung langsung dengan akaun anda.

Kiriman “Suggested For You” pun tidak akan ada dalam tab Feed ini.

Pelaksanaan ini dilihat sama seperti tab Following dan For You pada aplikasi TikTok.

Home ialah seperti For You manakala Feed pula ialah Following.

Kita tahu TikTok sudah menjadi aplikasi media sosial nombor 1 di dunia sekarang, justeru sebuah ancaman untuk Meta.

Jika anda masih belum mendapat ciri baru ini walaupun selepas kemas kini, jangan risau kerana lazimnya akan mengambil sedikit masa untuk pengguna seluruh dunia menikmatinya.

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY