OPPO Umum Smart TV 4K Dengan Kadar Segar Semula 120Hz

Hari ini, OPPO memperlihatkan TV baru mereka yang mampu memaparkan video 4K pada 120 fps dalam satu video acah.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=5&v=W05YHd6Rajs&feature=emb_title

Ia juga dipadankan dengan 8KRAW untuk mengumpulkan rakaman pemandangan semula jadi yang menakjubkan dengan warna-warna terang yang akan menonjolkan kemampuan TV tersebut.

Model terbaharu ini akan dilancarkan pada bulan hadapan dimana dalam video acah tersebut dapat dilihat rekaannya mempunyai bezel yang sangat nipis serta paparan yang dihasilkan kelihatan memukau.

Ia mempunyai warna perak pada bahagian tapak TV dan pada bahagian hadapan terdapat kamera dengan rekaan pop-up di bahagian tengah.

https://twitter.com/StationChat/status/1310800463055519744?s=20

Menurut laporan twitter digital chat station, OPPO Smart TV ini akan hadir dengan dua saiz iaitu 55 inci dan 65 inci. Ia juga menggunakan panel QLED dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 120Hz.

Dia juga ada menyatakan bahawa sistem audio akan dicipta oleh jenama audio terkenal Denmark yang kemungkinan ia merujuk kepada jenama Bang & Olufsen dimana jenama itu telah bekerjasama dengan OPPO.

OPPO akan melancarkan televisyen ini pada bulan Oktober dan buat masa ini belum ada harga rasmi lagi bagi kedua-dua model ini.

Sumber: sparrownews