Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo tv

OPPO Smart TV R1 65″ Akan Diperkenal Pada 19 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 12, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 13, 2020 oleh Amalina Athman

OPPO sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan Smart TV pertama. Kini, syarikat itu secara rasmi mengesahkan sebuah acara akan berlangsung di Shanghai, China pada 19 Oktober ini. Pada acara itu nanti, OPPO dijangka akan mengumumkan Smart TV berkenaan.

OPPO Smart TV R1 65″ Akan Diperkenal Pada 19 Oktober Ini

TV tersebut akan dimuatkan dengan kamera pop-up swafoto. Ia juga dijangka akan dilengkapi panel 4K QLED dengan kadar segar semula 120Hz serta cip MEMC.

OPPO Smart TV R1

Berdasarkan laman web JD.COM, TV ini mungkin akan diperkenal sebagai OPPO Smart TV R1 65″. Penyenaraian di 3C juga menunjukkan ia mempunyai dua saiz dengan masing-masing dimuatkan panel 65 dan 55 inci.

Dalam pada itu, OPPO menyatakan bukan sahaja TV pintar yang akan dilancarkan pada tarikh itu. Malah, terdapat beberapa produk lain akan diumumkan menjelang pelancaran pada 19 Oktober nanti.

Sumber: Weibo via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY