Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO R9s Plus Dilancarkan Di Malaysia 1 Mac Ini

OPPO R9s Plus Dilancarkan Di Malaysia 1 Mac Ini

Diterbitkan Februari 25, 2017 oleh Helmi Samsuri

Selepas memperkenalkan model R9s pada awal Januari lalu, OPPO Malaysia kini kembali dengan model Plus bagi siri R9s.

Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh OPPO Malaysia melalui akaun rasmi Facebook mereka.

Melalui status yang dimuat naik, OPPO memberitahu bahawa model R9s Plus akan dilancarkan pada sebuah acara pelancaran pada 1 Mac ini bertempat di Glass House, Seputeh.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas OPPO R9s Plus:

  • Skrin paparan 6 inci HD Penuh
  • Pemproses Snapdragon 653
  • RAM 6GB
  • Storan dalaman 64GB
  • Kamera utama 16 Megapiksel dengan sokongan penstabilan imej optik
  • Kamera swafoto 16 megapiksel
  • Sensor pengimbas cap jari di bahagian depan
  • Bateri berkapasiti 4000 mAh Li-Po(tidak boleh tanggal)

Belum dapat dipastikan lagi harga pasaran bagi model Plus. Jika model R9s sebelum ini dijual pada harga RM 1798, versi Plus mungkin akan lebih mahal sedikit.

Jadi bagi anda yang bercadang mahu memiliki telefon pintar dengan skrin yang besar dan RAM yang berkuasa tinggi boleh lah tunggu sehingga versi Plus ini dilancar secara rasmi minggu hadapan.

Sumber: OPPO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY