OPPO Paten Telefon Pintar Dengan Teknologi Li-Fi, Lebih Pantas Dari Wi-Fi

Pada tahun ini, teknologi 5G menjadi norma untuk sebuah telefon pintar flagship yang mula menyokong teknologi itu. Bagaimanapun, kebanyakan pengguna lebih bergantung kepada sambungan Wi-Fi berbanding 4G atau 5G. Kini, OPPO dilihat telah mempatenkan telefon pintar dengan sokongan teknologi Li-Fi.

Paten tersebut memperlihatkan telefon pintar dengan skrin penuh tanpa takuk atau paparan berlubang. Ini mungkin bermakna kamera hadapan dimuatkan dengan mekanisma pop-up.

OPPO Li Fi

Di bahagian belakang pula menunjukkan beberapa pilihan kedudukan sensor Li-Fi iaitu di tepi modul kamera dan pada bahagian atas peranti.

Dengan hanya mempatenkan rekaan, belum ada perkhabaran bagaimana OPPO merancang untuk menggunakan teknologi tersebut pada telefon pintar.

Apa itu teknologi Li-Fi?


Li-Fi atau Light Fidelity adalah teknologi komunikasi tanpa wayar dua hala berkelajuan tinggi dan dirangkaikan sepenuhya sama seperti Wi-Fi. Teknologi ini mula dibangunkan pada tahun 2011.

https://www.youtube.com/watch?v=iHWIZsIBj3Q

Ia menggunakan cahaya melalui lampu LED. Dengan cahaya berkelajuan tinggi, Li-Fi dikatakan jauh lebih pantas berbanding Wi-Fi yang menggunakan gelombang radio.

Sumber: LetsGoDigital