Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A54 Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM599

OPPO A54 Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM599

Diterbitkan April 2, 2021 · Dikemas kini April 2, 2021 oleh Amalina Athman

OPPO Malaysia hari ini mengumumkan ahli baharu dalam siri-A iaitu OPPO A54, untuk pasaran tempatan.

OPPO A54 Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM599
OPPO A54 Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM599

OPPO A54 dilengkapi skrin berukuran 6.51-inci dengan resolusi HD+. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Untuk memori, ia dimuatkan dengan 4GB RAM bersama pilihan storan dalaman sehingga 128GB. Ia turut menyokong penambahan storan melalui slot kad microSD.

Peranti ini menampilkan tetapan tiga lensa yang terdiri daripada 13MP utama, 2MP makro dan 2MP bokeh.

OPPO A54 Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM599

Dari segi bateri, ia didatangkan dengan kapasiti 5,000mAh bersama pengecasan 18W melalui port Type-C.

Antara lainnya adalah sokongan pengimbas cap jari di bahagian sisi, 3 slot kad (2 SIM+ 1 microSD) dan sebagainya. Peranti ini hadir degan dua pilihan warna iaitu Blue dan Black.

OPPO A54 Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, OPPO A54 ditawarkan pada harga RM599 (4GB+64GB), manakala varian 4GB+128GB dijual dengan harga RM699. Bagi yang berminat boleh mendapatkannya melalui laman web OPPO Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY