Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
reno 9 pro_3

Ini Mungkin Spesifikasi Penuh OPPO Reno 9 Pro Yang Didakwa Tertiris

Diterbitkan November 18, 2022 ยท Dikemas kini November 18, 2022 oleh Amalina Athman

Pelancaran siri OPPO Reno 9 dijadualkan berlangsung pada 24 November di China. Laporan mendedahkan siri peranti ini didatangkan dengan nombor model PHM110, PGX110 dan PGW110. Terbaharu, spesifikasi penuh bagi model PGX110 yang dipercayai adalah OPPO Reno 9 Pro didakwa telah tertiris melalui pangkalan data TENAA.

reno 9 pro_2

Melalui penyenaraian di TENAA, OPPO Reno 9 Pro didakwa akan dilengkapi paparan AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+ serta paparan berlubang di tengah yang menempatkan kamera 32MP. Skrin peranti ini dijangka menyokong kadar segar semula 120Hz dan akan diintegrasikan dengan pengimbas cap jari.

Di bahagian belakang pula menempatkan dua tetapan lensa dengan 50MP utama dan 8MP, yang mungkin adalah kamera ultra lebar.

Berkaitan

  • OPPO A98 Telah Disahkan Agensi TENAA, Mungkin Hadir Hujung Tahun Ini
  • OPPO Find X6 Pro Mungkin Hadir Dengan Kamera 1 Inci

Pemproses lapan teras 2.85GHz yang menguasakan Reno 9 Pro berkemungkinan adalah cip Dimensity 8100-Max. Ia dijangka hadir dengan gandingan RAM 12GB/16GB bersama 128GB/256GB storan dalaman.

Bagaimanapun, maklumat ini sedikit berbeza yang mana penyenaraian di laman web OPPO China memperlihatkan Reno 9 Pro akan dijual dengan dua pilihan memori iaitu 16GB/256GB dan 16GB/512GB.

reno 9 pro_1

Sebagai tambahan, peranti ini dijangka hadir dengan sistem operasi ColorOS 13 yang berasaskan Android 13 serta tiga pilihan warna iaitu Black, Gold dan Gradient Gold.

Gambar utama: OPPO China

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY