OPPO Lancar Find X7 Ultra - Telefon Pertama Dengan Dua Lensa Periskop

OPPO dalam acara yang berlangsung di China semalam telah melancarkan peranti andalan terbaharu, iaitu Find X7 Ultra. Peranti ini menjadi yang pertama dalam industri telefon pintar diperkenalkan dengan dua lensa periskop telefoto dan menggunakan sensor 1-inci Sony LYT-900.

{suggest}

Untuk spesifikasi, Find X7 Ultra dilengkapi panel LTPO OLED berukuran 6.82" dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan sehingga 4,500 nit dan sokongan ProXDR.



Di bahagian dalam, ia dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3 dengan gandingan sehingga 16GB RAM LPDDR5x dan 512GB storan berasaskan UFS 4.0.



Untuk kemampuan fotografi, Find X7 Ultra mempunyai empat sensor 50MP, dengan sensor bertindan Sony LYT-900 1-inci generasi kedua dimuatkan pada lensa utama bersama apertur f/1.8 dan OIS. Kamera ultra-lebar menggunakan sensor baharu Sony - LYT-600 dengan saiz 1/1.95" dan panjang fokus setara 14mm, apertur f/2.0 serta boleh merakam objek dengan jarak 4cm.



Sementara dua lensa periskop telefoto Find X7 Ultra masing-masing menggunakan sensor 1/1.56" Sony IMX890 dengan 3x zum optik dan sensor 1/2.51" Sony IMX858 dengan 6x zum optik.

OPPO mendakwa tetapan empat kamera itu menawarkan kelancaran zum antara 14mm dan 270mm tanpa pengurangan kualiti imej yang ketara.

Aplikasi kamera Find X7 Ultra turut didatangkan dengan Master Mode, yang dibangunkan dengan Hassalblad. Ia mempunyai mod Pro yang membolehkan rakaman imej RAW, dengan mod 16-bit RAW MAX akan hadir pada Mac melalui kemas kini perisian.

Bagi menghidupkan peranti, Find X7 Ultra hadir dengan kapasiti bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. Ia menjalankan ColorOS berasaskan Android 14.

Harga dan ketersediaan


Terdapat tiga pilihan warna yang tersedia iaitu Ocean Blue, Sepia Brown dan Tailored Black.



Harga yang ditawarkan ialah 5,999 yuan (~RM3922) untuk 12/256GB, 6,499 yuan (~RM4,249) untuk 16/256GB dan 6,999 yuan (~RM4,576) bagi pilihan 16/512GB. Bagaimanapun, buat masa ini ia hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.

Sumber: GSMArena