Kenali Li-Fi, Dilihat Bakal Menggantikan Wi-Fi Di Masa Akan Datang

Tahukah anda inovasi terbesar dalam sains fotonik, iaitu pengajian tentang sifat cahaya, adalah teknolgi Li-Fi. Menurut laman Wikipedia, maksud Li-Fi adalah sejenis teknologi  komunikasi tanpa wayar dua hala berkelajuan tinggi dan dirangkaikan sepenuhya sama seperti Wi-Fi.

Li-Fi mula dicipta oleh Harald Haas dari Universiti of Edinburgh, Scotland pada tahun 2011.

Seperti Wi-Fi, Li-Fi merupakan teknologi rangkaian yang membenarkan  transmisi dan penerimaan data. Li-Fi atau nama panjanganya Light Fidelity merupakan sambungan pancaran cahaya berbeza dengan Wi-Fi yang menggunakan gelombang radio.

Ianya merupakan dua perbezaan yang sangat ketara kerana sifat gelombang radio yang dibawakan Wi-Fi boleh diganggu. Seperti contoh sambungan telefon tanpa wayar 2.4GHz boleh menjejaskan sambungan internet jika mengunakan router atau titik akses yang juga menggunakan signal 2.4GHz.

Malah, dengan ada lebih banyak sambungan peranti di dalam rumah ketika ini, potensi untuk sambungan Wi-Fi terganggu akan meningkat. Disinilah teknolofi Li-Fi memainkan peranan penting kerana ianya menggunakan pancaran cahaya yang tidak menggangu gelombang radio.

Li-Fi menggunakan cahaya berkelajuan tinggi untuk menyampaikan maklumat. Ia seperti kod binari atau Morse tetapi dengan kelipan cahaya yang laju, ianya tidak akan dapat dilihat oleh mata kasar.

Yang menarik tentang teknologi sambungan Li-Fi ini adalah potensi kelajuan yang diketengahkan. Walaupun di US ketika ini purata sambungan internet adalah berkelajuan 1Gbps, Li-Fi pula akan membawakan kelajuan 3Tbps (Tera). Manakala kelajuan muat turun pula bakal mencecah 7Gbps!

Laju gila.



Terdapat beberapa kajian menggunakan Li-Fi yang telah dijalankan dan hasilnya sangat menakjubkan. Laporan dari syarikat Mexico, Sisoft telah berjaya mencapai kelajuan 10Gbps. Pada tahun 2015 pula, kajian daripada Universiti Oxford pula telah berjaya mencipta kelajuan 224Gbps menggunakan Li-Fi.

Tetapi antara kesukaran dan cabaran teknologi Li-Fi adalah bagaimana saintis boleh mempraktiskan teknologi ini dalam kehidupan seharian. Jika menggunakan Wi-Fi, pengguna boleh meletakkan router di bahagian bawah rumah sambil pengguna berada di dalam bilik di tingkat atas.



Sambungan Li-Fi dilihat memerlukan aksesori tambahan kerana cahaya dipancarkan dalam bentuk satu baris dan mungkin disekat jika terdapat dinding atau pintu yang menjadi penghalang tidak seperti Wi-Fi, gelombang radio mampu menembusi dinding tetapi gelombang akan semakin lemah.

Teknologi sambungan Li-Fi juga mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi untuk membuat kemunculan di pasaran kerana ianya masih belum pratikal di dunia sebenar.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=iHWIZsIBj3Q[/embed]

Berkaitan