Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Mungkin Bangunkan Cip Pemproses Tersendiri

OPPO Mungkin Bangunkan Cip Pemproses Tersendiri

Diterbitkan November 22, 2019 · Dikemas kini November 22, 2019 oleh Helmi Samsuri

Apabila melihat ke dalam pasaran telefon pintar, kita sedia melihat peranti seperti Samsung, Apple dan Huawei tampil dilengkapkan dengan cip pemproses yang dibangunkan mereka sendiri.

Nampaknya ia bakal disusuli dengan sebuah lagi pengeluar, OPPO, yang dilaporkan telah mempatenkan nama OPPO M1. Dikesan pada minggu lalu oleh LetsGoDigital, pemfailan paten tersebut dibuat OPPO kepada EUIPO yang mana nama OPPO M1 jelas merujuk kepada perincian sebuah cip pemproses.

OPPO Mungkin Bangunkan Cip Pemproses Tersendiri

Terdapat juga perkhabaran OPPO telah melantik jurutera dari Spreadtrum dan MediaTek dalam membangunkan cip tersebut. Walaubagaimanapun ia ketika ini syarikat pengeluar berpangkalan di Dongguan China itu tidak membuat sebarang pengumuman mengenainya. Terdapat juga ramalan bahawa cip OPPO M1 mungkin didedahkan sekitar acara MWC 2020 kelak.

Perkara ini sangat menarik untuk dinantikan kerana kita pasti mahu melihat apakah yang akan dilakukan OPPO dalam persaingan dengan barisan cip-cip pemproses sedia ada.

Sumber: LetsGoDigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY