Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo under display camera

OPPO Ingatkan Bahawa Kualiti Kamera Bawah Paparan Mungkin Tidak Setanding Kamera Hadapan Biasa

Diterbitkan Jun 26, 2019 · Dikemas kini Jun 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Selain Xiaomi, OPPO turut sama membangunkan ciri kamera dibawah paparan skrin yang merupakan penyelesaian kepada masalah rekaan takuk.

For those seeking the perfect, notchless smartphone screen experience – prepare to be amazed. ?

You are taking a very first look at our under-display selfie camera technology. RT! ? pic.twitter.com/FrqB6RiJaY

— OPPO (@oppo) June 3, 2019


OPPO sedia berkongsi video teknologi terbabit sejak awal bulan lagi, ia dijangka akan dipertontonkan kepada umum pada acara MWC Shanghai yang berlangsung hari ini.

Namun begitu, menjelang hari yang dinantikan ini, Naib Presiden OPPO, Brian Shen mengingatkan supaya semua pihak tidak menaruh harapan yang tinggi dari segi kualiti imej yang dihasilkan daripada kamera bawah paparan ini. Ia agak sukar untuk menyamai rakaman gambar seperti kamera hadapan yang biasa. Ini disebabkan kamera bawah paparan merupakan sebuah teknologi baru dan masih dalam pembangunan.

Screenshot 2019-06-26 at 10.42.15 AM
Imej | Weibo

Kita seharusnya sudah menjangkakan perkara ini dimana setiap teknologi yang diperkenalkan pasti mempunyai sedikit kekurangan dan penambahbaikan akan diberikan dari masa ke masa.

Timbul juga persoalan sama ada teknologi dalam paparan ini akan berada di pasaran tahun ini atau perlu diperkemaskan lagi bagi memberi hasil yang sekurang-kurangnya menepati kualiti yang diharapkan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY