Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Find X Mendarat Di Malaysia Tidak Lama Lagi

OPPO Find X Mendarat Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Julai 4, 2018 · Dikemas kini Julai 4, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pertama kali dipersembahkan kepada umum pada 20 Jun yang lalu di acara yang berlangsung di Paris, OPPO Find X kini akan memasuki pasaran dalam negara.

Satu foto imej dengan logo “X” telah dimuat naik Facebook rasmi OPPO Malaysia dan ia sudah cukup memberi petunjuk bahawa penawaran model berkenaan akan dibuat tidak lama lagi.

Tidak seperti kebanyakkan telefon pintar yang dilancarkan pada tahun ini, Find X hadir dengan skrin tanpa takuk untuk memberikan paparan luas sehingga 93.8%.

Penggunaan teknologi yang menggunakan konsep periskop membolehkan kamera hadapan dan belakang serta sensor disembunyikan.

Selain ciri kamera tersebut, OPPO turut mempertaruhkan  sistem nyahkunci berasaskan 3D, serta dipersenjatai dengan cip pemprosesan Snapdragon 845. Untuk bacaan lanjut mengenai spesifikasi boleh klik sini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY