Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Inspiration Challenge 2023, Ciri Kesihatan Dan Bungkusan Mesra Alam Jadi Pilihan

OPPO Inspiration Challenge 2023, Ciri Kesihatan Dan Bungkusan Mesra Alam Jadi Pilihan

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh Amsyar Latif

OPPO Inspiration Challenge merupakan satu inisiatif yang dilakukan OPPO Research Institute yang mana bertujuan untuk mencari teknologi-teknologi serta idea baharu yang boleh diterapkan serta dimanfaatkan manusia secara komersial menerusi syarikat-syarikat pemula serata dunia.

Acara yang diadakan tahun ini juga adalah kerjasama antara OPPO dengan syarikat lain seperti Qualcomm, GSMA, AWS dan Linkedin.

Setelah berbulan pertandingan atau cabaran ini berlangsung, akhirnya ia bertemu penamatnya juga di mana 5 syarikat dipilih sebagai pemenang daripada 15 peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

Setiap pemenang bukan sahaja bakal menerima sebanyak hadiah US$50,000 (~RM237,150) tetapi juga berpeluang menjalinkan kerjasama dengan OPPO.

Melihat kepada produk/teknologi yang dipersembahkan pemenang, ia banyak memfokuskan model business to business to consumer (B2B2C) yang secara tidak langsung bukan sahaja dapat dimanfaatkan antara syarikat tetapi juga kepada pengguna.

Berikut adalah senarai pemenang dan teknologi yang dibawakan mereka.

photo_2023-10-18 23.34.42

Bluealpha (China)

OPPO Inspiration Challenge 2023, Ciri Kesihatan Dan Bungkusan Mesra Alam Jadi Pilihan

Bluealpha mempersembahkan eco-friendly packaging solution for OPPO smartphones. Katanya, idea ini adalah bertujuan untuk mencapai ke arah neutral karbon menjelang 2050.

Bungkusannya diperbuat daripada polimer semula jadi yang mana sifatnya sama seperti plastik. Sebagai contoh, Bluealpha ada kotak konsep bagi peranti OPPO Find N2 Flip.

Aiverest (China)

Contactless health monitoring technology merupakan satu penyelesaian kesihatan yang membolehkan kesihatan dipantau serta dikongsi kepada ahli keluarga lain.

Ia juga dikatakan berfungsi untuk memantau degupan jantung pengguna, ritma jantung, corak pernafasan dan tidur dan lain-lain. Teknologi sebegini kebiasaannya bakal digunakan pada peranti kesihatan seperti jam tangan pintar.

Woola (Estonia)

photo_2023-10-18 23.34.44

Seperti yang dilakukan Bluealpha, Woola juga memfokuskan untuk produk bungkusan. Namun, ia adalah untuk menggantikan bubble wrap daripada plastik.

photo_2023-10-18 23.34.35
photo_2023-10-18 23.34.34

Produk Woola adalah 100% daripada bulu biri-biri yang tidak digunakan. Fungsi seperti bubble wrap, Woola juga bertujuan untuk melindungi barang atau produk daripada rosak apabila berada dalam bungkusan.

Menarik lagi, bungkusan Woola ini boleh digunakan kembali dan pengguna tidak perlu membuangnya. Setakat ini, syarikat Woola telah bekerjasama dengan beberapa jenama antarabangsa.

SkiteLight (China)

photo_2023-10-18 23.34.45

Syarikat yang baharu sahaja ditubuhkan tahun 2023 ini mahu mendefinisikan kembali paparan dengan perovskite mikroLED. Paparan skrinnya bukan sahaja 100x lebih cerah, tetapi 10% cekap tenaga berbanding LCD dan 50% OLED.

photo_2023-10-18 23.34.30 (1)
photo_2023-10-18 23.34.46

Bukan hanya untuk peranti seperti telefon pintar semata-mata, ia juga difokuskan untuk peranti realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR). Sama yang kita lihat beberapa syarikat besar menerusi peranti mereka; Meta Quest atau Vision Pro.

ommo (AS)

photo_2023-10-18 23.34.47

Ommo menerusi teknologi orbit adalah magnet berasaskan teknologi penjejakan 3D yang mana berfungsi sebagai GPS untuk tubuh manusia.

Ia menggunakan 6DOF yang boleh mengesan deria dalam masa nyata sehingga 1000 kali lebih pantas. Mudah cerita, teknologi ini dapat dimanfaatkan dalam industri kesihatan.

Dalam pada itu, selain daripada 5 pemenang, acara ini juga memberi penghargaan menerusi anugerah media choice dan people’s choice.

photo_2023-10-18 23.54.05
photo_2023-10-18 23.54.06
  • Beli peranti OPPO di Shopee: https://invl.io/clk1lcm
  • Beli peranti OPPO di Lazada: https://invol.co/clk1lcu

Berkaitan

  • Ini 11 Peranti OPPO Yang Disahkan Bakal Terima Android 14
  • Reno10 Antara Usaha OPPO Untuk Kurangkan Jurang Kamera Telefon Dan DSLR
  • Prestasi Bateri Teruk? OPPO Bagi Jaminan Tukar Bateri Percuma Selama 4 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY