Tidak ketinggalan, OPPO Malaysia turut membawakan sebuah peranti yang mempertaruhkan kemampuan tetapan kameranya melalui model OPPO F11 Pro.
Memfokuskan kepada prestasi rakaman waktu kurang pencahayaan yang baik, peranti ini dilengkapoi dengan sensor 48MP ditemani dengan sensor 5MP.
Ia menggunakan teknologi Tetracell yang mana rakaman pada waktu kurang cahaya atau malam akan memberikan hasil yang jelas dengan perincian yang baik.
Disamping itu, ia juga menggunakan teknologi Mod Ultra Night dan Mod Colour Dazzle. Gabungan teknologi-teknologi ini disamping keupayaan AI, dapat mengurangkan hingar berbilang bingkai bagi mencapai pengurangan noise.
Rakaman foto hadapan pula dihasilkan menerusi sensor 16MP yang boleh disembunyikan melalui mekanisma pop-up.
Melengkapkan lagi peranti ini adalah skrin paparan 6.53 inci FHD+. cip pemprosesan MediaTek Helio P70, RAM 6GB demgan storan 128GB, bateri berkapasiti 4000mAh dengan pengeasan pantas VOOC Flash Charge 3.0 dan mempunyai dua pilihan warnan, Thunder Blacks serta Aurora Green.
Bakal dijual pada harga RM 1399, pra-tempah telah dimulakan hari ini dan akan tamat pada 26 Mac 2019.
Berkaitan
- Samsung Keluarkan Poster Membandingkan Markah DxOMark Galaxy S10+ Dan Huawei P30 Pro
- Diskaun RM500 Untuk TV 4K Xiaomi 55 Inci Sempena Promosi Hujung Tahun
- CEO Huawei Kongsi Foto, Dipercayai Diambil Dari Huawei P30 Pro
- PUBG Mobile Bakal Dipertandingkan Di Malaysia, Menawarkan Hadiah RM60,000
- Google Umum Project Stream, Permainan Video Boleh Dimainkan Pada Chrome
- Mi 9T Pro Dikhabarkan Hadir Penghujung Ogos Ini
- Xiaomi Mengumumkan Lagi Dua Model, Mi 8 Pro Dan Mi 8 Lite
- Harga Jualan Huawei Mate 20 Dan 20 Pro Sudah Mula Tersebar
- Selamat Datang OPPO Find X, Skrin Luas Tanpa Takuk Pada Harga RM 3,699
- Adakah Orang Malaysia Senang Kena Tipu Dengan e-Mel Palsu?