Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (64)

OPPO A93 Dipasarkan Di Malaysia Pada RM1,299 – Telefon Fokus Fotografi Dengan 6 Jumlah Lensa Kamera

Diterbitkan Oktober 6, 2020 · Dikemas kini Oktober 6, 2020 oleh Meor Hasyim

Hari ini, OPPO Malaysia telah membawa masuk model terbaharu mereka iaitu OPPO A93. Ia merupakan telefon kelas pertengahan yang menawarkan fokus kepada fotografi dengan sejumlah 6 lensa kamera AI.

Antara perkara yang menarik adalah telefon ini hadir dengan rekaan nipis 7.4mm dan 164g ringan. Dari segi rekaan, ia dilengkapi dengan binaan plastik matte.

OPPO A93 Dipasarkan Di Malaysia Pada RM1,299 – Telefon Fokus Fotografi Dengan 6 Jumlah Lensa Kamera

Dari segi paparan, ia hadir dengan skrin berukuran 6.43 inci FHD Super AMOLED dengan dua kamera lensa swafoto berlubang 16MP utama + 2MP Depth.

Ia turut hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin dengan kelajuan menyahkunci selaju 0.3s.

Screenshot (62)

Terdapat 4 kamera pada bahagian belakang dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, dan 2MP + 2MP mono.

Antara penawaran kamera yang ditawarkan oleh OPPO pada A93 adalah AI Super Night Potrait, AI Night Flare Potrait untuk penggambaran potret pada malam, AI Super Clear Potrait, dan juga AI Color Potrait.

Screenshot (65)
Screenshot (66)

Antara lain adalah Dual Lens Bokeh yang membolehkan gambar 2 orang diambil dengan bokeh. Selain itu juga, kamera utama 48MP juga boleh menghasilkan resolusi imej setinggi 108MP. Terdapat juga Ultra Steady Video untuk penstabilan video kurang gegaran.

Cip pula dijana oleh MediaTek Helio P95 dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Sokongan kad microSD juga turut dimuatkan.

Screenshot (60)

Untuk kapasiti bateri pula, OPPO A93 hadir dengan kapasiti 4,000mah berserta pengecasan pantas 18W melalui USB-C.

Perisian pula menjalankan Color OS 7.2 berasaskan Android 10.

Untuk pasaran Malaysia, terdapat 2 pilihan warna yang dijual iaitu Metalic White, Matte Black.

Harga yang dipasarkan adalah RM1,299 dan boleh mula dipra-tempah bermula hari ini 6 Oktober sehingga 9 Oktober 2020.

Untuk yang membuat pra-tempahan ini, mereka akan menerima payung eksklusif dari OPPO dan juga pembesar suara Bluetooth bernilai RM199.

Screenshot (54)
Screenshot (55)

Anda juga boleh menebus diskaun sebanyak RM100 melalui aplikasi My OPPO bermula 6 Oktober – 18 Oktober untuk membeli telefon ini.

Screenshot (57)

 

Jualan kepada semua pula boleh mula dibeli di laman rasmi OPPO Malaysia dan pengedar OPPO yang sah seperti Shopee, Lazada, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan lain-lain.

Screenshot (56)

Maklumat lanjut mengenai OPPO A93 boleh diperolehi di laman rasmi OPPO Malaysia melalui pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY