OPPO A71 (2018) - Naik Taraf Spesifikasi Berbanding Edisi Tahun Sebelum

Bulan September tahun lalu kita telah melihat OPPO Malaysia membawa masuk model A71 kedalam pasaran negara dan ia dijual pada harga RM858.

Bagi tahun baru ini pula, syarikat pengeluar terbabit telah melancarkan OPPO A71 edisi 2018, tampil dengan beberapa spesifikasi yang diperkemaskan berbanding edisi sebelumnya.



Salah satu perubahan adalah dibahagian pemprosesan dimana edisi terbaru ini menggunakan Snapdragon 450 yang hadir denganĀ  GPU Adreno 506 dan kelajuan pada kadar 1.8Ghz. Peranti ini turut menjanjikan peningkatan 12.5% berbanding model tahun lalu.

RAM diturunkan kepada 2GB dan mengekalkan ruang storan dalam pada kapasiti 16GB.

Ukuran layar paparan juga sama seperti dahulu iaitu 5.2 inci sokongan HD. Kamera utama dipanel belakang menggunakan lensa 13MP f/2.2 manakala bahagian hadapan menggunakan lensa 5MP dengan aperture f/2.4 serta didokong dengan ciri AI Beauty Recognition Technology.

Dijana melalui bateri sebesar 3000mAh dan menjalankan sistem operasi ColorOS 3.2 berasaskan Android Nougat 7.1, ia telah mula dipasarkan di Pakistan dan tidak diketahui bilakah ia akan mengunjungi pasaran tempatan.