Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
speedtest 4

Opensignal: Liputan Makin Meluas Tapi Pengalaman Guna 4G Di Malaysia Masih Lemah

Diterbitkan Februari 10, 2022 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, Opensignal pernah mengeluarkan data yang mana liputan 4G di Malaysia sudah meningkat sebanyak 88%.

Kini, mereka mula menganugerahkan beberapa syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) Malaysia pula menerusi Global Mobile Network Experience Awards 2022.

Anugerah ini bertujuan untuk membandingkan syarikat telco manakah yang terbaik secara global sepanjang 6 bulan terakhir bagi tahun 2021.

Berdasarkan anugerah tersebut, Maxis satu-satunya syarikat telco yang menerima anugerah bagi kategori pengalaman kelajuan muat naik dan juga ketersediaan liputan 4G. Manakala, Digi, Unifi dan U Mobile masing-masing menerima anugerah dalam ketersediaan 4G.

Screenshot 2022-02-10 at 3.58.10 PM

Bagaimanapun, jangan keliru, anugerah yang diterima syarikat telco Malaysia itu bukanlah yang terbaik. Ini kerana ia hanya dalam kategori “Global Rising Stars” sahaja. Dalam erti kata lain, mereka semua mempunyai peningkatan perkhidmatan berbanding tahun sebelumnya.

Tambah Opensignal, syarikat telco di Malaysia belum cukup peningkatan lagi dari segi pengalaman video, pengalaman gaming serta pengalaman voice app. Malah, mereka juga belum cukup layak untuk menerima anugerah bagi “Global Winner” atau “Global Leaders”.

Pada masa yang sama, Opensignal mendapati pengalaman penggunaan rangkaian mudah alih di Malaysia masih lagi lemah jika nak dibandingkan dengan negara lain.

Screenshot 2022-02-10 at 3.57.52 PM

Sebagai perbandingan, telco negara jiran seperti Singapura menerusi TPG dan Indonesia menerusi Smartfren sudah menembusi sebagai “Global Leaders” dalam kategori ketersediaan 4G.

Sumber: opensignal

Baca juga:

  • Ini Syarikat ‘Telco’ Malaysia Yang Ada Kelajuan Internet Paling Laju

  • Ini Sebab Utama Kenapa Masih Ramai Pengguna Malaysia Guna Rangkaian 3G – Opensignal

  • Digi Buka Pratempahan Untuk Siri Galaxy S22 Mulai Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY