Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

Rundingan Dengan Setiap Syarikat Adalah Berasingan, Lagi 4 ‘Telco’ Masih Berminat – DNB

Diterbitkan Ogos 31, 2022 · Dikemas kini Ogos 31, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Digital Nasional Berhad (DNB) selaku pemborong tunggal 5G di Malaysia memberitahu bahawa perbincangan dengan kesemua 6 syarikat ‘telco’ masih berjalan dan masing-masing diadakan secara berasingan.

Beberapa jam lalu, laporan media antarabangsa mendedahkan bahawa Maxis dan U Mobile pada saat akhir membatalkan niat menandatangani perjanjian walaupun telah mencapai persetujuan awalnya.

Salah sebuah syarikat itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan urusan manakala satu lagi pula tidak memberi maklum balas.

Berkaitan

  • 5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia
  • Tengku Zafrul Akui Ada Syarikat Luar Negara Mahu Sediakan 5G Di Malaysia, Tapi Syarikat Tempatan Jadi Prioriti
  • 12 Jenama Telefon Pintar Ini Sudah Menyokong Rangkaian 5G Di Malaysia
  • Yes: CEO Jawab Kenapa iPhone Belum Sokong Rangkaian 5G Mereka
  • Saat Akhir, U Mobile Dan Maxis Dilapor Tak Jadi Sertai DNB

6 syarikat pengendali rangkaian mudah alih merujuk pada Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Yes dan unifi.

Mengikut rancangan, 31 Ogos 2022 ialah tarikh akhir kesemua syarikat menandatangani perjanjian dengan DNB.

Disebabkan 2 syarikat telah ‘mengundur diri’, maka urusan hitam putih antara DNB dan syarikat telekomunikasi seperti dokumen perjanjian terpaksa disemak semula.

Jelas DNB, 4 syarikat telekomunikasi selebihnya kekal berminat manakala rundingan dengan kesemua 6 syarikat masih akan diteruskan secara berasingan.

Sumber: The Edge Markets

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY