OnePlus Buds Z Kini Hadir Buat Pasaran Tempatan Dengan Harga RM229

Setelah memperkenalkan OnePlus Buds beberapa bulan yang lalu, OnePlus kini hadir dengan fon telinga TWS baharu iaitu OnePlus Buds Z dan ia dijual pada harga RM229.



OnePlus Buds Z berbeza sedikit daripada model yang lalu dimana terdapat silikon pada hujung fon telinga ini dan terbina pemacu audio 10mm.

Selain itu, fon telinga ini menyokong Dolby Atmos bagi pertanti OnePlus yang terpilih dan dikatakan jangka hayat bateri mampu bertahan selama 5 jam main balik muzik dan 20 jam tambahan dengan kerangka boleh cas.

Kerangka cas ini turut menyokong pengecasan pantas dimana ia hanya mengambil masa selama 10 minit untuk main balik muzik 3 jam. Tambahan lagi, ia menerima penarafan kalis air IP55.



OnePlus Buds Z dijual pada harga RM229 akan tetapi anda boleh milikinya dengan harga RM199 menerusi Chup Dulu di Lazada.

Promosi ini diadakan bersempena pelancarannya dan anda boleh membuat pra-tempahan mulai esok, 1 Disember hingga 11 Disember. Sebanyak 10% deposit perlu dibayar sementara bayaran penuh perlu dilakukan pada 12 Disember 2020.