Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo find n2 (7)

OnePlus Fold Mungkin OPPO Find N3 Versi Global, Lancar Ogos Ini

Diterbitkan Jun 7, 2023 ยท Dikemas kini Jun 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

OnePlus Fold, telefon lipat pertama daripada OnePlus telah pun diumumkan secara oleh Pete Lau pada Februari lalu. Ia akan tersedia pada suku ketiga tahun ini.

oppo find n2 (1)

Menurut laporan, pelancarannya akan berlangsung pada bulan Ogos ini di New York dan dijangka tersedia untuk pasaran global.

Ini bermakna OnePlus berkehendak untuk ‘sailang’ siri Z Fold5 dan Flip5 kerana siri daripada Samsung itu dikatakan akan rasmi pada 26 Julai nanti.

oppo find n2 (22)

Apakah OnePlus Fold akan berjaya mencuri perhatian pengguna daripada tertumpu pada siri Z Fold? Kita tunggu.

Bukan itu saja, ada ura-ura juga mendakwa OnePlus Fold adalah OPPO Find N3 yang ditukar nama saja dan diumpamakan seperti versi Find N3 untuk pasaran global.

oppo find n2 (7)

Find N3 mungkin akan sama dilancarkan dalam bulan Ogos di China. Ia akan tampil dengan Snapdragon 8 Gen 2, skrin dalaman 8″ dan luar pula 6.5″ yang berkadar segar 120Hz.

Kalau benar OnePlus Fold ialah OPPO Find N3, maka saya percaya ia akan beri saingan sengit pada Z Fold5.

oppo find n2 (18)

Kenapa? Kami sendiri telah menggunakan OPPO Find N dan Find N2 dan sangat berpuas hati serta kagum dengan kualiti dan tawarannya.

Saiznya kompak, sedap dipegang, kualiti binaan Find N2 juga sangat kukuh dan aplikasi dalamnya pula memang sedia tersuai untuk format skrin lipat.

Berkaitan

  • Reaksi Awal OPPO Find N - Permulaan 'Lipatan' Yang Agak Baik Dari OPPO
  • OPPO Find N - Telefon Lipat Sedap Tapi Sayang Tak Masuk Malaysia
  • (Ulasan) OPPO Find N2 - Sayang Seribu Kali Sayang, Lipatanmu Kekal Terbayang
  • Papan Kekunci Sulung, OnePlus Keyboard 81 Pro Akan Temui Pasaran 2 Bulan Lagi
  • (Reaksi Awal) OPPO Find N2 Flip - Macam Ni Telefon Lipat Yang Betul
  • (Ulasan) OnePlus 11 5G - 'Flagship' Snapdragon 8 Gen 2 Paling Rahmah

Pengalaman kami menggunakan Find N ada di SINI manakala bagi Find N2 pula di SINI.

Sumber: Pricebaba

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
©2026 WISER.MY