Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz

OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz

Diterbitkan Mei 15, 2019 ยท Dikemas kini Mei 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Setelah sekian lama diperdengarkan mengenai ketibaannya, OnePlus 7 Pro kini tampil rasmi diperkenalkan. Peranti keluaran syarikat berpengkalan di Shenzen itu hadir dengan rekaan yang mengujakan bagi peminat yang ternanti-nanti.

OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz

 

Melengkapi panel hadapan adalah skrin paparan berukuran 6.67 inci dengan resolusi QHD+ bersama-sama kadar segar semula 90Hz. Melaluinya, ia mampu memberikan animasi antaramuka lebih lancar serta paparan berkualiti tinggi dan diiktiraf sebagai A+ dari DisplayMate tempoh hari.

OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz

 

OnePlus 7 Pro juga bebas takuk dimana ia menggunakan kamera hadapan terangkat 16MP. Bahagia belakang pula diletakkand dengan tri-kamera; lensa 48MP (Sony IMX 586) (f/1.6) (EIS dan OIS)+ 8MP telefoto (3x zoom) (f/2.4) + 16MP lensa sudut ultra-lebar.

OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz

Seperti peranti kebanyakkan kelas atasan lain, tiada bicu audio 3.5mm sementara pembesar suara stereo hasil kerjasama Dolby diberikan pada peranti ini.

OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz
OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz

Menguasakan dari dalam adalah cip Snapdragon 855, RAM sehingga 12GB serta memori sehingga 256GB. OnePlus 7 Pro dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang akan diisi dengan pengecasan pantas Warp Charge 30W.

OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz

Bersama-sama dengan pengenalan OnePlus 7 Pro, syarikat turut memperkenalkan fon telinga Bullets Wireless 2 ditambah dengan sokongan aptX HD. Isian kuasa fon telinga ini hanya memerlukan tempoh 10 minit untuk penuh menerusi pengecasan Warp Charge. Satu isian penuh memberikan tempoh kuasa sehingga 14 jam.

Model ini bakal menembusi pasaran dalam negara tidak lama lagi dan untuk itu, sama-sama kita nantikan perasmiannya nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY