OnePlus 7 Pro Dijual Pada Harga RM2999 Hingga RM4199 Untuk Pasaran Malaysia

OnePlus 7 Pro telah membuat kemunculan rasmi kali pertama pada sebuah acara pelancaran genap seminggu yang lalu.

Tidak menunggu lama, penawaran terbaru dari OnePlus itu kini telah sah diperkenalkan dalam negara hari ini. Membawakan spesifikasi yang cukup baik dan mendapat tumpuan ramai peminat, OnePlus 7 Pro dijual pada harga...



  • RM2999 - RAM 6GB/128GB

  • RM3699 - RAM8GB/256GB

  • RM4199 - RAM12/256GB.


Sementara itu, pembelian boleh juga dibuat secara dalam talian menerusi Shopee dan bakal diiringi dengan ganjaran menarik seperti kod baucar RM200 serta percuma fon telinga tanpa wayar OnePlus Bullets.



Warna yang ditawarkan adalah Mirror Grey dan Nebula Blue. Bagi yang belum maklum, pemasaran OnePlus 7 Pro dalam negara dikendalikan oleh Xian Feng Technology sebagai pengedar sah.





Singkap kembali secara ringkas spesifikasi yang dibawa, OnePlus 7 Pro merupakan peranti berstatus flagship dengan skrin paparan Fluid AMOLED 6.67 inci beresolusi QHD+, Snapdragon 855, RAM sehinga 12GB dan memori sehingga 256GB dan dijana bateri 4000mAh sokongan Warp Charge 30W.



Bahagian kamera swafoto menggunakan mekanisme terangkat dan ia memiliki lensa 16MP, tri-kamera belakang terdiri daripada 48MP(Sony IMX 586) (f/1.6) (EIS dan OIS)+ 8MP telefoto (3x zoom) (f/2.4) + 16MP lensa sudut ultra-lebar.



Ciri-ciri lain yang terdapat pada OnePlus 7 Pro adalah kadar segar semula paparan 90Hz serta audio stereo sokongan Dolby.