Syarikat Mi Han Sdn Bhd yang menggantikan Brighstar sebagai pengedar tunggal untuk peranti OnePlus 6 di Malaysia, memberitahu pihak kami bahawa dengan pemansuhan GST yang bermula dari 1 Jun ini, orang ramai boleh mendapatkan peranti ini dengan harga yang lebih rendah.
Mereka berkata, sebelum ini harga yang ditetapkan untuk peranti ini ialah RM 2549 (64GB), RM 2899 (128GB) dan RM 3199 untuk variasi 256GB.
Sebagai peringatan untuk pembaca, OnePlus 6 ini akan menggunakan cip pemprosesan terbaru, Qualcomm Snapdragon 845 dan disokong oleh dua variasi memori iaitu 6GB dan 8GB RAM. Atas sebab itu, OnePlus telah mengambil slogan 'The Speed You Need' sebagai slogan rasmi peranti ini. Selain itu, peranti ini akan beroperasi menggunakan antaramuka OxygenOS yang berlandaskan Android 8.1 Oreo.
Bagi mereka yang berminat untuk memiliki atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranti ini boleh mengikuti laman Facebook OnePlus Malaysia. Anda juga boleh membuat pra-tempahan atau mendapatkan peranti OnePlus 6 ini melalui gerai rasmi mereka di Lazada tidak lama lagi.
Berkaitan
- 16 Pasukan Akan Berentap Di Kejohanan Akhir PUBG Mobile Cup Open 2019
- HONOR Bakal Lancarkan Peranti Tri-Kamera Utama Pertama Mereka Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- CEO One Plus Sahkan OnePlus 7 Pro Akan Dilengkapi Dengan Storan UFS 3.0
- Lenovo Phab 2 Plus Dilancarkan Di India Dengan Paparan 6.4 Inci
- Bersenam Bersama Jam Garmin Fenix 6 #GlamzAtGenting
- IFA 2016: TP Link Tampil Dengan Telefon Pintar Neffos
- Xiaomi Mi 6S - Peranti Pertama Xiaomi Dengan Android Pie Muncul Secara Tiba-Tiba Di Laman Geekbench
- OnePlus Umum Kerjasama Dengan Pasukan e-Sukan Terkemuka, Fnatic
- Vivo NEX 3 Beri Pengalaman Lancar Kepada 16 Pasukan Sempena PMCO 2019
- Google Home Akan Menjadi Pesaing Utama Amazon Echo