Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ONE-X prabayar

ONE-X Prepaid Dilancar, Pelan Prabayar Baharu ONEXOX Serendah RM18

Diterbitkan Januari 2, 2025 ยท Dikemas kini Januari 2, 2025 oleh Amsyar Latif

ONEXOX kini melancarkan pelan prabayar terbarunya, ONE-X di mana pengguna boleh mula melanggan bermula hari ini (2 Januari 2025).

Dalam pelan terbaru ini, ada tiga pelan bulanan yang ditawarkan. Bermula dengan 1X-18, ia berharga RM18/bulan dengan 50GB data (6Mbps) serta hotspot 10GB.

Sementara, 1X-35 pula hadir dengan internet pantas 50GB dan 200GB pada kelajuan 10Mbps. Data hotspot pula akan mengikut kuota internet pantas.

pelan one-x prabayar

Akhir sekali pelan 1X-48 dengan harga RM48/bulan. Melaluinya, ia lebih kurang dengan 1X-35 tetapi pelan ini menawarkan internet pantas 150GB dan juga 200GB pada kelajuan 10Mbps.

Pelan prabayar baharu ini turut hadir dengan panggilan tanpa had untuk semua rangkaian bagi pelan 1X-35 dan 1X-48.

Tambahan lagi, ONEXOX ada membuat promosi bersempena kehadirannya di mana 1X-18 ditawarkan jumlah data sehingga 150GB tetapi terhad sehingga 28 Februari ini sahaja.

Selain itu, bagi yang berminat ke arah digital, pelan ONE-X ini juga tersedia dalam e-SIM. Anda boleh klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Kelajuan Bagi Pelan Unlimited Yoodo Dinaik Taraf
  • Pelanggan Astro Boleh Tonton Filem Astro First Secara Percuma
  • Tune Talk Perkenal Pelan Epik+, Bermula RM25/Bulan Untuk 40GB Data

Sumber: ONEXOX [1,2,3]

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY