Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
omicron xe

Omicron XE Lebih Mudah Berjangkit Tapi Tak Perlu ‘Booster’ Tambahan

Diterbitkan April 7, 2022 oleh Nadiah Ab

Selepas varian Omicron, kita dikejutkan dengan varian baru iaitu Omicron XE yang dipercayai lebih mudah dijangkiti berbanding varian Omicron.

Menurut laporan dari The Star, seorang pakar virus berkata suntikan penggalak tambahan mungkin tidak diperlukan untuk melawan varian Omicron XE.

Dr Kumitaa Theva Das dari Universiti Sains Malaysia berkata walaupun varian baru ini mempunyai tahap kebolehjangkitan yang sangat tinggi, penyebaran secara globalnya masih lagi terkawal.

Katanya, negara jiran yang terkesan dengan varian baru ini hanya Thailand, dengan hanya satu kes. Ini menunjukkan penyebarannya masih dapat dikawal kerana pengesanan pantas dan tidak menjejaskan kita.

Suntikan kedua dos penggalak berkemungkinan besar tidak diperlukan kerana SOP yang kita amalkan sudah banyak membantu dalam membendung penularan Covid-19.

Dr Kumitaa turut berkata jenis pelitup muka yang memberikan perlindungan terbaik terhadap Omicron XE pula buat masa ini cukup memadai dengan jenis N95, KN95 dan KF94.

Semoga kita semua dijauhi dari wabak Covid-19.

Sumber: The Star

Baca juga:

  • Denda RM200,000 Jika Pelitup Muka Bukan Perubatan Tak Diperakui SIRIM
  • MySejahtera: Status Vaksinasi Anda Berisiko ‘Hilang’ Jika Tidak Masukkan Tarikh Lahir
  • Sijil Vaksinasi Di Aplikasi MySejahtera Tidak Hilang Cuma Bertukar Kepada Tidak Lengkap

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY