Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tanggungan vaksin COVID mysejahtera

MySejahtera: Status Vaksinasi Anda Berisiko ‘Hilang’ Jika Tidak Masukkan Tarikh Lahir

Posted on April 4, 2022

Pihak MySejahtera telah meminta kesemua pengguna untuk mengemas kini tarikh lahir di aplikasi tersebut. Jika tidak, status vaksinasi mereka tidak akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

Bagi mereka yang telah mendapat status ‘Sah’ atau ‘Verified’ mungkin tidak jadi masalah kerana maklumat tersebut sudah disimpan sistem.

Status vaksinasi lengkap anda tidak akan terpapar di profil MySejahtera sekiranya anda tidak kemas kini tarikh lahir anda.

Sila kemas kini tarikh lahir anda dengan segera!#mysejahtera #mysejahteratrace #reopeningsafely pic.twitter.com/TgUauSis7m

— MySejahtera (@my_sejahtera) April 1, 2022

Untuk menyemaknya, di halaman Profil MySejahtera, pergi ke ‘Butiran Peribadi Saya‘ atau ‘My Personal Details’. Jangan lupa untuk kemas kini MySejahtera ke versi terkini.

Jika tarikh lahir anda masih kosong, maka isikannya. Pun begitu, tinjauan kami di media sosial mendapati segelintir pengguna menghadapi masalah ketika cuba menyimpan data tersebut.

Hubungi MySejahtera melalui laman sosial mereka jika masalah berlarutan.

Sumber: MySejahtera

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress