Tingkatkan kuasa grafik komputer meja anda dengan 3 model kad grafik Nvidia GeForce RTX 20- Series SUPER.
Pengeluar terkemuka kad grafik komputer, Nvidia hari ini memngumumkan kehadiran 3 model terbaru kad grafik bagi komputer meja iaitu GeForce RTX 20-Series SUPER.
Nvidia mendakwa, siri kad grafik ini mampu meningkatkan prestasi grafik komputer meja sehingga 25%. Terdapat 3 pilihan bagi siri kad grafik ini bermula dengan GeForce RTX 2060 SUPER, GeForce RTX 2070 SUPER dan GeForce RTX 2080 SUPER.
Siri RTX SUPER ini merupakan model kad grafik yang dinaik taraf dari model kad grafik GeForce RTX 20-Series yang telah dilancarkan pada tahun lepas.
Sebelum ini dalam bulan Mei lalu, Nvidia telah pertontonkan teaser video bagi model kad grafik terbaru ini.
Bermula dengan model GeForce RTX 2060 SUPER, Nvidia menyatakan bahawa kad grafik terbaru ini adalah lebih pantas berbanding kad grafik GTX 1080.
Harga RTX 2060 SUPER adalah bermula dari USD399.00 yang akan mula berada di pasaran pada 9 Julai 2019.
Bagi model kad grafik GeForce RTX 2070 SUPER pula, Nvidia menyatakan bahawa kad grafik ini adalah jauh lebih pantas daripada GTX 1080 Ti.
Malah ia juga adalah 25% lebih pantas berbanding model kad grafik GeForce RTX 2070. GeForce RTX 2070 SUPER berharga dari USD499.00 dan akan berada di pasaran pada 9 Julai ini.
Manakala bagi model kad grafik GeForce RTX 2080 SUPER pula, ia berharga dari USD699. Nvidia membandingkannya dengan model sebelumnya iaitu GeForce RTX 2080.
Nvidia menyatakan, peningkatan prestasi sebanyak 10.7% berbanding model sebelumnya itu dapat dicapai dengan dimuatkan ciri CUDA, RT dan Tensor Cores di dalam GeForce RTX 2080 SUPER.
Kad grafik ini akan mula berada di pasaran pada 23 Julai 2019 nanti.
Bagi anda yang baru ingin bermula untuk merasai prestasi grafik terbaik di komputer meja anda, bolehlah anda bermula dengan model kad grafik GeForce RTX 2060 yang sudah pun berada dipasaran yang berharga dari USD349.00.
Atau bagi pemain tegar permainan komputer yang mahukan lebih lagi prestasi grafik berbanding 3 model kad grafik terbaru yang ditawarkan Nvidia ini, anda bolehlah dapatkan model GeForce RTX 2080 Ti yang berharga dari USD999 di pasaran sekarang.
Untuk info lanjut berkenaan 3 model terbaru kad grafik dari Nvidia ini, sila layari laman muka GeForce RTX 2060 SUPER, GeForce RTX 2070 SUPER dan GeForce RTX 2080 SUPER.
Berkaitan
- Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Supernova Dalam Galaksi Sejauh 21 Juta Tahun Cahaya
- vivo Lancar Kempen "vivo X90 Series Superday", Rebut Pelbagai Hadiah Menarik
- Permintaan GPU Lemah, Nvidia Gaming Catat Penurunan Hasil Sehingga 51%
- Beli Barangan Runcit Dengan Penghantaran Percuma Melalui HappyFresh Supermarket
- Thailand Bina Prototaip Kereta Api 'Super' Mewah, Siap Dengan Pelayan Robot
- NVIDIA Akan Menamatkan Sokongan Ke Atas Sistem Windows 7 Dan Windows 8/8.1
- Kad Grafik GeForce RTX 4090 HOF Pecahkan 14 Rekod Dunia
- AirAsia Seru MAS Dan Syarikat Penerbangan Lain Bekerjasama Dengan airasia SuperApp
- Frontier Rampas Takhta Fugaku Sebagai Superkomputer Terpantas Di Dunia
- 'Super Full Moon', Jarak Bulan Dari Bumi Sehampir 363,396KM