Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTX 2080

NVIDIA Mendakwa Kuasa Grafik RTX 2080 Max-Q Lebih Berkuasa Dari Konsol Permainan Akan Datang

Diterbitkan Disember 29, 2019 oleh ariff bukhari

Merujuk kepada Play Staion 5 dan X Box Series X.

Pada acara GPU Technology Conference (GTC 2019) yang telah berlangsung di Suzhou, China, NVIDIA telah perlihatkan prestasi kuasa grafik RTX 2080 Max-Q yang dipasangkan pada model komputer riba Lenovo Y900 with a Lenovo Y740.

“We’ve made it possible to put the highest end GPUs into sleek, beautiful, gaming notebooks” Jensen Huang.

Malah pada pembentangan tersebut, CEO NVIDIA, Jensen Huang menyatakan bahawa prestasi grafik yang disampaikan oleh RTX 2080 Max-Q adalah lebih berkualiti dari 2 konsol permainan akan datang iaitu Play Station 5 dan juga Xbox Series X.

Walaubagaimanapun, setakat ini, ia sekadar dakwaan dari beliau sahaja yang belum diketahui secara pasti, prestasi sebenar GPU tersebut.

Sementara itu, grafik bagi konsol permainan Play Station 5 dan juga Xbox Series X akan dikuasakan oleh cip grafik dari AMD.

Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan mula melancarkan konsol Xbox Series X dalam tahun 2020 nanti.

Manakala Play Station 5 dari Sony juga sudah disahkan akan turut sama menghangatkan perang konsol pada tahun hadapan.

Sumber: NoteBook Check

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY