https://www.youtube.com/watch?v=0tUqIHwHDEc
Apa yang menarik mengenainya adalah yang pertamanya ia mempunyai rekaan seakan PC, iaitu kotak bersegi memanjang ke atas. Dimensi rekaan ini adalah sama lebar dengan alat kawalan Xbox One dan juga 3 kali tingginya. Walaupun direka sebegitu, ia tetap boleh digunakan dalam kedua-dua orientasi menegak dan juga melintang.
Dari segi spesifikasi, konsol akan dilengkapi dengan CPU kustom berasaskan seni bina Zen 2 dan Radeon RDNA. Ia juga menggunakan NVMe SSD untuk kelajuan memuat permainan. Xbox X Series juga menyokong resolusi permainan 8K, fps sehingga 120fps, ray tracing dan juga kadar segar semula boleh ubah suai.
Menurut Microsoft, GPU pada Xbox X Series adalah 8 kali ganda lebih berkuasa Xbox One, dan 4 kali ganda dari Xbox One X. Ia juga disertakan dengan Auto Low Latency Mode (ALLM) dan Dynamic Latency Input (DLI) yang akan membuatkannya konsol paling responsif pernah dibina.
Bersama-sama dengan pengumuman itu, Microsoft juga menyertakan alat kawalan Xbox Wireless Controller baharu. Ia mempunyai butang 'Share' yang memudahkan pengambilan screenshot dan juga klip video ketika bermain.
Xbox Series X ini walau bagaimanapun akan mula dilancarkan secara rasmi pada akhir tahun 2020 nanti. Sebelum ini, juga pesaing terbesar mereka, Sony, telah memilih nama akhir PlayStation 5 untuk konsol mereka. Dengan pengumuman ini, maka peminat hanya perlu menunggu bagaimana rupa PlayStation 5 nanti memandangkan kita sudah melihat rupa bentuk Xb0x Series X.
Sumber: Microsoft
Berkaitan
- Activision Blizzard Sahkan Akan Ada Game Warcraft Untuk Telefon Pintar Tahun Ini
- Pixel 4 Tidak Mempunyai Ciri Rakaman 4K Pada 60fps, Ini Adalah Alasan Google
- Xiaomi: Kami Tidak Terlibat Dengan Ketenteraan Komunis China
- Google Pixel 4a Akan Dijana Cip Snapdragon 730, RAM 6GB, Dan Bateri 3,080mAh
- Microsoft Tawar Diskaun Langganan 50% Untuk Pujuk 'Lanun' Kembali Ke Pangkal Jalan
- (Ulasan) Samsung Galaxy S21 Ultra 5G - Ini Baru Betul Telefon Ultra
- Google Pixel 5 Diperlihatkan Lagi Beberapa Jam Sebelum Acara Pelancaran Rasmi
- Butiran Spesifikasi Dan Fungsi Samsung Galaxy S11 Mula Didedahkan - Rakaman Video Sehingga 8K Salah Satunya
- Lagi Tentang Pixel 4a - Harga Jualan Yang Lebih Rendah Dari iPhone SE
- Microsoft Umum Surface Headphone 2 - Ketahanan Bateri 20 Jam Dan Kini Menyokong aptX