Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA Adakan Acara GeForce Gaming Celebration Di Gamescom 2018

NVIDIA Adakan Acara GeForce Gaming Celebration Di Gamescom 2018

Diterbitkan Ogos 1, 2018 oleh Wiser MY

NVIDIA telah mengeluarkan jemputan kepada media termasuk orang ramai bagi acara GeForce Gaming Celebration yang diramal berlaku di Gamescom 2018 di Cologne, Jerman.

Acara NVIDIA ini akan diadakan secara berasingan, sehari sebelum Gamescom bermula mengikut NVIDIA akan diisi dengan pelbagai demo baru dan eksklusif dari gergasi pembangun permainan.

Namun bukan itu yang dinantikan oleh pemerhati industri memandangkan beberapa ketirisan berlaku mengenai kad grafik NVIDIA siri GTX 11XX mereka. Ramai menjangkakan acara GeForce Gaming Celebration ini akan menjadi platfom sesuai bagi NVIDIA bagi memperkenalkan kad grafik GTX 11XX.

Bulan Ogos juga akan menyaksikan beberapa produk lain seperti cip Zen+ Threadripper akan diumumkan oleh AMD, dan Cip Whiskey Lake dari Intel.

Untuk mereka yang mahu menyertai acara GeForce Gaming Celebration ini, anda boleh isi borangnya di SINI. Kemasukan adalah percuma dan terhad kepada siapa cepat, dia dapat.

Sumber: tom’s HARDWARE, TechPowerup

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY