Walaupun senarai tidak mendedahkan butiran secara terperinci tetapi maklumat-maklumat asas disertakan di dalam senarai tersebut. Cip Ryzen keluarga Pinnacle Ridge ini dijangka akan diumumkan pada 13 Ogos ini.
Untuk tetapan yang paling tinggi, Ryzen Threadripper 2990X bakal menggunakan teras kiraan sehingga 32 dan bebenang 64 dengan TDW sehingga 250W dan clockspeed asas 3.4GHz.
Dari segi perbandingan dengan Ryzen Threadripper generasi pertama, Threadripper 2950X mengekalkan kiraan teras yang sama tetapi nilai TDW yang lebih rendah berbanding 180W sebelum ini.
Diingatkan ini adalah cip Zen+ yang menggunakan teknik fabrikasi TSMC 12nm dan berbeza dengan Zen 2 yang dikatakan akan menggunakan teknik fabrikasi 7nm.
Dalam perkembangan lain, cip Ryzen 2990X telah diuji bersama dengan satu lagi cip Intel yang sekarang ini masih lagi dalam khabar angin, Intel Core i9-9900K.
Di dalam gambar dengan warna merah adalah cip yang didakwa sebagai Intel Core i9-9900K yang menggunakan 8 teras/16 bebenang. Namun identiti cip tersebut tidak dapat disahkan oleh ujian tersebut dan ketika ini hanya berpandukan kepada kiraan teras.
Intel Core i9-9900K dikatakan akan menjadi cip Intel kelas pengguna pertama yang akan menggunakan kiraan 8 teras dengan clockspeed yang bermula dari 3.6GHz.
Ryzen Threadripper 2990X sudah muncul di peruncit atas talian Cyberport di Jerman dengan harga jualan bermula dari €1509 (RM 7,175). Cip Intel Core i9-9900K dan Ryzen Threadripper generasi ke-2 dijangka akan membuat kemunculan bermula dari bulan hadapan.
Berkaitan
- Intel Core i9-9980XE, Untuk Mereka Yang Serius Mengenai Sistem Komputer Mereka
- Qualcomm Vision Intelligence Platform
- Overclocker Profesional Tetapkan Rekod Dunia Dengan Intel Core i9-9900K
- AMD Gabungkan Cip Ryzen & Vega Kedalam Satu Cip SOC, Khusus Untuk PC Gaming & Konsol
- Ryzen Threadripper Gen 2 Dilancarkan, Pra-Tempahan Dibuka Sekarang
- Intel Berjanji Untuk Menghentikan Meltdown Dan Spectre Sebelum Febuari
- Xiaomi Perkenal Laptop Baharu, Lengkap Dengan Skrin OLED Dan Cip Intel Generasi Ke-11
- AMD 'Nakal' Mengusik Intel Melalui Iklan
- AMD Akan Pastikan Teknologi Ray-Tracing Menemui Kad Kelas Permulaan
- Surface Dari Microsoft Menggunakan Cip Intel Pentium Yang Lebih Murah