nubia Z60 Ultra Leading Version dan nubia Z60S Pro akhirnya kini tiba buat pasaran Malaysia. Telefon pintar ini dijual pada harga bermula RM2,999.
Dari segi spesifikasi, nubia Z60 Ultra Leading Version hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version yang mana mempunyai kuasa pengkomputeran sehingga 73 TOPS bagi memastikan prestasi AI ke tahap maksimum.
Ia turut dibekalkan bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 80W dan menjalankan sistem operasi MyOS 14 berasaskan Android 14. Peranti ini juga mempunyai penarafan kalis air serta debu IP68.
Tiga kamera belakang diberikan yang mana lensa utama 50MP, periskop telefoto 64MP dan ultra lebar 50MP dengan sokongan OIS. Kamera swafoto di bawah skrin pula 12MP dengan sokongan OIS.
Jenis skrin yang digunakan pula adalah jenis AMOLED bersaiz 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan 1500 nits.
Untuk nubia Z60S Pro pula, ia hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori LPDDR5X, storan UFS 4.0, skrin AMOLED 6.78 inci dan sokongan kadar segar semula 120Hz.
Kamera pula hadir dengan 50MP utama IMX906 OIS (F/1.59), 50MP ultra lebar, 8MP telefoto (F/2.4) dan 16MP swafoto (F/2.45).
Selain daripada bateri berkapasiti 5,100mAh dan pengecasan 80W, telefon ini juga lengkap dengan NFC, Bluetooth 5.3, WiFi 6 dan dwi-slot kad SIM.
Kedua-dua peranti akan tersedia bermula 1 Ogos ini dan sempena kehadirannya, nubia menawarkan diskaun sehingga 10 Ogos 2024 dan eksklusif di Lazada.
Berikut adalah harga rasmi bagi kesemua peranti:
Z60 Ultra Leading Version
- 12+256GB – RM3,499 (promo RM2,899, percuma ZTE Buds 2)
- 16+512GB – RM4,299 (promo RM3,499, percuma ZTE Buds 2)
- 16+1TB – RM4,699 (promo RM3,899, percuma ZTE Buds 2)
Z60S Pro
- 12+256GB – RM2,999 (promo RM2,199)
- 16+512GB – RM3,699 (promo RM2,599)
- 16+1TB – RM4,099 (promo RM2,999)
{suggest}
Beli peranti nubia di Lazada – https://invol.co/cllhe4l
Sumber: Siaran media nubia