Red Magic 5G dimuatkan dengan paparan bersaiz 6.65 inci Full HD+ AMOLED, namun masih mengekalkan sedikit bezel pada bahagian atas dan bawah. Selain dari kadar segar semula 144Hz, ia juga mempunyai input segar 240Hz untuk interaksi dengan permainan yang lebih lancar.
Rekaan peranti agak unik dan kelihatan sangat berbeza berbanding dengan peranti pesaing di pasaran. Di belakang peranti terdapat rekaan X yang besar dan juga logo Red Magic dengan RGB untuk menyerlahkan sisi gaming peranti tersebut.
Pada bahagian sisi kanan, terdapat butang kapasitif yang boleh digunakan sebagai input tambahan ketika bermain permainan. Sama seperti model Red Magic lain yang pernah dilancarkan, ia turut mempunyai kipas terbina untuk penyejukan peranti yang lebih berkesan. Menurut Nubia, dengan menggunakan kipas, peranti boleh mengurangkan suhu sehingga 18C. Tambahan lagi, ia juga boleh digunakan ketika peranti mengecas pada kelajuan 55W untuk mengelakkan peranti dari kepanasan.
Sebagai sebuah peranti gaming flagship, ia dimuatkan dengan cip janaan Snapdragon 865. Dari segi memori pula, terdapat pilihan RAM bermula 8GB sehingga 16GB dan storan dalaman 128GB sehingga 256GB berasaskan UFS 3.0.
Kamera belakang pula dilengkapi oleh 3 lensa dengan 64MP Sony IMX686 utama + 8MP sudut lebar + 2MP makro. Manakala untuk kamera swafoto, ia dimuatkan pada bezel bahagian atas peranti dengan sensor 8MP.
Untuk mengecas bateri peranti yang berkapasiti 4,500mAh, terdapat pengecasan pantas 55W dengan sokongan Qualcomm Quick Charge 4.0 dan juga Power Delivery 3.0. Antara fungsi tambahan lain termasuklah bicu audio 3.5mm, sokongan Wi-Fi 6, 3 mikrofon, dan GPS dwi-frekuensi. Bahagian perisian pula digalas oleh Red Magic OS yang berasaskan Android 10.
Menariknya, terdapat juga Transparent Edition, iaitu edisi lutsinar Red Magic 5G. Masih belum pasti sama ada ia betul-betul lutsinar ataupun hanya pelekat yang ditampal pada panel kaca peranti.
Untuk harga, Red Magic 5G dijual di China bermula CNY 3799 untuk versi asas 8GB/128GB. Versi tertinggi 16GB/256GB pula berharga CNY 4999.
Model Transparent Edition pula terdapat dalam hanya 2 pilihan memori iaitu 12GB/256GB dan 16GB/256GB. Harga jualannya adalah bermula dari CNY 4599. Dikatakan ia akan mula memasuki pasaran global pada bulan April hadapan.
Berkaitan
- Syarikat Di Sebalik KakaoTalk Melancarkan Telefon Pintar Pertama Mereka Dinamakan Stage 5G
- Sony Dijangka Lancar Xperia 5 II Dilengkapi 5G
- Redmi K30 5G Racing Edition Dilancarkan - Hanya Kemaskini Cip Dengan Snapdragon 768G
- Pixel 4a (5G) Dan Pixel 5 Turut Diumumkan, Namun Hanya Hadir Menjelang Hujung Tahun Ini
- Permainan Seram Five Nights at Freddy's AR: Special Delivery Tiba Untuk Android Dan iOS
- Lebih 6,500 Unit Redmi Note 11 Terjual Di Malaysia Dalam Masa 1 Hari
- Pengurus Redmi: Redmi K50 Akan Jadi Telefon Snapdragon 8 Gen 1 Paling 'Sejuk'
- Nubia Red Magic 5S Dilancarkan - Peranti Gaming Snapdragon 865, Skrin 144Hz Dan Kipas Terbina
- Huawei Mate 30 Pro 5G Akan Jadi Peranti Pertama Rasmi Untuk Guna Rangkaian 5G Di Malaysia
- Siri Xiaomi Redmi Note 8 Kini Rasmi Untuk Pasaran Tempatan