Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone (3)

Nothing Phone (3) Sah Terima Kemas Kini Sehingga 7 Tahun

Diterbitkan Jun 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Nothing mengesahkan bahawa telefon pintar terbaharu mereka, Phone (3), bakal menerima lima tahun kemas kini sistem operasi utama dan tujuh tahun kemas kini keselamatan di mana ia satu peningkatan ketara berbanding model sebelumnya.

Langkah ini meletakkan Nothing sebaris dengan jenama-jenama besar seperti Google, Samsung dan HONOR yang kini mula memberi fokus kepada sokongan jangka panjang demi menjamin pengalaman pengguna yang lebih baik.

Dengan kemas kini perisian yang panjang, pengguna boleh menjangka prestasi yang konsisten, ciri baharu Android, dan keselamatan yang dipertingkatkan untuk tempoh lebih lama.

https://x.com/AkisEvangelidis/status/1935007710732320906

Menurut pengasas bersama syarikat, Akis Evangelidis, keputusan ini dapat direalisasikan hasil daripada penggunaan cip terbaru yang dipilih untuk Phone (3).

Cip Snapdragon 8s Gen 4 bukan sahaja menawarkan prestasi lebih baik termasuk GPU 88% lebih pantas, CPU 33% lebih laju, dan peningkatan 125% pada keupayaan NPU tetapi ia membolehkan Nothing menyokong peranti mereka lebih lama daripada sebelumnya.

Kepada yang ternanti-nanti, Nothing Phone (3) bakal dilancarkan pada 2 Julai depan.

Berkaitan

  • Kamera Nothing Phone (3a) Ditambah Baik, Terima Ciri Butang Baharu
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Nothing Phone (3) Akan Dilancar Awal Bulan Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY