Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Perkenal Phone (2a) Special Edition, Berharga RM1,699

Nothing Perkenal Phone (2a) Special Edition, Berharga RM1,699

Diterbitkan Mei 29, 2024 · Dikemas kini Mei 29, 2024 oleh Amalina Athman

Nothing hari ini mengumumkan Phone (2a) Special Editon, yang menampilkan penggunaan tiga warna asas termasuk merah, kuning dan biru. Ia merupakan kali pertama ketiga-tiga warna digunakan dalam satu perkakasan Nothing.

Berkaitan

  • Nothing Phone (2a) Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1699
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Telefon edisi khas ini mempunyai penawaran yang sama seperti model Phone (2a) sedia ada. Antaranya termasuk janaan cip MediaTek Dimensity 7200 Pro, menjalankan Nothing OS 2.5 serta kapasiti bateri 5,000mAh.

Nothing Perkenal Phone (2a) Special Edition, Berharga RM1,699
Nothing Perkenal Phone (2a) Special Edition, Berharga RM1,699

Paparannya pula adalah dari jenis AMOLED bersaiz 6.7-inci yang menyokong kadar segar semula adaptif 120Hz. Di bahagian belakang terdapat kamera berkembar 50MP serta antara muka The Glyph.

Lain-lain termasuk integrasi ChatGPT apabila dipasangkan dengan mana-mana produk audio Nothing atau CMF by Nothing.

Harga dan ketersediaan

P2aSE_ELEV_320_v001 (3)

Phone (2a) Special Editon dengan 12GB RAM dan 256GB storan diletakkan pada tanda harga RM1,699 – sama seperti model sedia ada.

Pembelian boleh dilakukan melalui platform dalam talian Crossover, bermula 7 Jun 2024, jam 12.00 tengah malam. Hanya 100 unit yang tersedia di Malaysia – berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

  • Beli produk Nothing yang lain di Shopee: https://invl.io/cll78bh
  • Beli produk Nothing yang lain di Lazada: https://invol.co/cll78bj

Sumber: Siaran Media Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY