Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Phone (2a) Plus

Nothing Phone (2a) Plus Rasmi – Cip Dimensity 7350 Pro, Kamera Swafoto 50MP

Diterbitkan Julai 31, 2024 · Dikemas kini Julai 31, 2024 oleh Amalina Athman

Nothing hari ini mengumumkan Nothing Phone (2a) Plus – merupakan versi Phone (2a) yang dinaik taraf dengan cip baharu, kamera swafoto 50MP dan sebagainya.

Phone (2a) Plus_4

Phone (2a) Plus dikuasakan cip pemproses Dimensity 7350 Pro dengan konfigurasi memori 12GB RAM dan 256GB storan. Cip ini dilengkapi CPU lapan teras dengan 2x Cortex-A715 (sehingga 3.0 GHz) dan 6x Cortex-A510 @ 2.0 GHz. GPU menggunakan unit Mali-G610 MC4 yang sama tetapi dengan kelajuan 1.3GHz.

Nothing mengatakan pengguna boleh menjangkakan prestasi CPU 10% lebih pantas dan peningkatan 30% dalam tugasan GPU berbanding pendahulunya.

Phone (2a) Plus_1

Beralih ke perubahan seterusnya, Phone (2a) Plus menampilkan naik taraf kamera swafoto 50MP – berbanding 32MP pada Phone (2a). Sementara bahagian belakang menempatkan kamera utama dan ultra lebar, yang juga masing-masing dengan sensor 50MP.

Untuk paparan, Nothing memberikan penawaran yang sama seperti pendahulunya. Phone (2a) Plus dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz serta maksimum kecerahan 1,300 nit.

Phone (2a) Plus_2

Bagi menghidupkan peranti, ia dibekalkan kapasiti bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 50W.

Phone (2a) Plus menjalankan Nothing OS 2.6 berasaskan Android 14 dengan integrasi ChatGPT dan Widget News Reporter. Peranti ini menyokong 3 tahun kemas kini Android dan 4 tahun tampalan keselamatan.

Nothing Phone (2a) Plus Rasmi – Cip Dimensity 7350 Pro, Kamera Swafoto 50MP
Nothing Phone (2a) Plus Rasmi – Cip Dimensity 7350 Pro, Kamera Swafoto 50MP

Dua pilihan warna tersedia iaitu Black dan Grey. Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, penarafan IP54 dan sebagainya.

Harga dan ketersediaan

Nothing Phone (2a) Plus dijual pada harga $399 (~RM1,833). Buat masa ini, belum lagi diketahui harga dan ketersediaan untuk pasaran Malaysia.

  • Beli produk Nothing di Shopee: https://invl.io/cllhhxt
  • Beli produk Nothing di Lazada: https://invol.co/cllhhxk

Berkaitan

  • Nothing Phone (2a) Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1699
  • CMF Phone 1 Rasmi - Panel Belakang Boleh Tukar, Harga RM1099

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY