Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing ear 3

Nothing Ear (3) Dilancarkan – Ada Ciri ‘Super Mic’, Harga RM759

Diterbitkan September 19, 2025 · Dikemas kini September 19, 2025 oleh Amalina Athman

Nothing kini rasmi memperkenalkan fon telinga terbaharunya, Ear (3).

Model ini menampilkan reka bentuk yang dipertingkat melalui penggunaan aluminium pada bekas pengecas, selain mengekalkan identiti lutsinar.

Nothing Ear 3_image1

Terdapat dua mikrofon pada bekas pengecas, membentuk sistem yang dipanggil Nothing sebagai “Super Mic”. Ia boleh diaktifkan melalui butang “Talk” yang terletak di bahagian sisi bekas. Dengan ciri ini, pengguna boleh merakam panggilan atau nota suara melalui aplikasi Essential Space pada telefon Nothing.

Nothing ear 3_6
Nothing ear 3_8

Menurut Nothing, Super Mic mampu menyokong pembatalan hingar sehingga 95 dB. Namun begitu, fon telinga perlu dikeluarkan daripada bekas dan disambungkan ke telefon terlebih dahulu sebelum ciri ini boleh digunakan.

Dari segi keserasian, Nothing menyatakan ia berfungsi dengan panggilan telefon serta kebanyakan aplikasi utama seperti Zoom, Microsoft Teams, Google Meet, WhatsApp dan WeChat. Ia turut serasi dengan beberapa aplikasi lain seperti Blackmagic Camera dan Voice Memos di iOS.

Nothing ear 3_2

Ear (3) kini dimuatkan bateri sedikit lebih besar 55 mAh, menawarkan sehingga 5.5 jam penggunaan dengan ANC diaktifkan, meningkat daripada 5.2 jam pada model sebelumnya. Bekas pengecas masih mengekalkan kapasiti 500 mAh, dengan pengecasan 10 minit untuk 10 jam penggunaan.

Nothing ear 3_7

Selain itu, pemacu audio turut dinaik taraf daripada 11mm kepada 12mm, manakala fungsi ANC masih menyokong sehingga 45 dB. Untuk sambungan, ia menyokong Bluetooth 5.4 dan memerlukan sekurang-kurangnya Android 6.0 atau iOS 13 ke atas.

Harga dan ketersediaan

Nothing ear 3_3

Nothing Ear (3) ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Black dan White. Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM759 dan boleh dibeli bermula 6 Oktober 2025.

Berkaitan

  • Nothing Phone Kini Sokong Permainan 'Battle Royale' 120fps Dan Prestasi Kamera Dipertingkat
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) - Kualiti Baik, Bunyi Sedap Tapi Harga Tak Kena
  • Mahal, 'Spec' Tak Seberapa, Nothing Phone (3) Untuk Siapa Sebenarnya?
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY