Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia Dijangka Lancarkan Semula Peranti Nokia X6 Dengan Takuk Dan Nafas Yang Baru

Nokia Dijangka Lancarkan Semula Peranti Nokia X6 Dengan Takuk Dan Nafas Yang Baru

Diterbitkan April 27, 2018 · Dikemas kini April 27, 2018 oleh Haikel Areff

HMD Global kini nampak semakin serius untuk menaikkan kembali nama dan status Nokia yang pernah dianggap syarikat telekomunikasi nombor satu dunia suatu masa dahulu. Selepas mengumumkan pelancaran peranti perdana mereka, Nokia 8 dan Nokia 8 Sirocco baru-baru ini, kini Nokia dijangka akan memperkenalkan semula peranti Nokia X6 dengan rupa bentuk dan sepsifikasi yang lebih baik.

Berikut adalah antara imej tertiris peranti ini yang disebarkan melalui laman Baidu, sebuah laman sosial China.

Nokia Dijangka Lancarkan Semula Peranti Nokia X6 Dengan Takuk Dan Nafas Yang Baru

Nokia Dijangka Lancarkan Semula Peranti Nokia X6 Dengan Takuk Dan Nafas Yang Baru

Nokia Dijangka Lancarkan Semula Peranti Nokia X6 Dengan Takuk Dan Nafas Yang Baru

Sebelum ini, kami pernah melaporkan tentang dakwaan daripada GizmoChina bahawa HMD Global ingin melancarkan model Nokia 10 atau Nokia X pada 27 April ini, namun dakwaan itu mungkin meleset. Ini kerana menurut laporan terbaru dari Techradar, HMD Global ingin mengumumkan pelancaran semula Nokia X6 yang pernah pertama kali diperkenalkan pada tahun 2009 di Nokia World Germany.

Nokia Dijangka Lancarkan Semula Peranti Nokia X6 Dengan Takuk Dan Nafas Yang Baru

Nokia X6 yang terdahulu merupakan peranti yang mengfokuskan kepada kualiti mendengar muzik, sesuai dengan definisi sebenar siri X tersebut iaitu ‘Xpress Music‘. Peranti tersebut merupakan peranti yang menggunakan skrin sesentuh serta sistem operasi yang digunapakai oleh Nokia X6(2009) ini ialah Symbian 9.4 berdasarkan siri kelima Nokia S50 UI. Selain itu, ia turut disokong oleh 128MB RAM dan 512MB ROM.

Nokia Dijangka Lancarkan Semula Peranti Nokia X6 Dengan Takuk Dan Nafas Yang Baru

Manakala bagi keluaran Nokia X6 terbaru ini, ia diberitakan akan menggunapakai sistem operasi Android 8.1 Oreo dari dalam kotak dengan persijilan Android One. Bagi paparan pula, peranti ini dijangka akan dilengkapi dengan skrin sesentuh bertakuk 5.8 inci berdefinisi tinggi penuh. Di samping itu, peranti ini berkemungkinan akan mempunyai dua variasi iaitu untuk model 6GB RAM yang menggunakan cip Snapdragon 636 manakala untuk variasi 4GB RAM pula bakan menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P60.

Maklumat mengenai sama ada peranti ini akan dilancarkan untuk pasaran global atau tidak masih belum diketahui dan mungkin akan ada maklumat terbaru daripada HMD Global pada pelancaran Nokia X6 ini di China hari ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY