Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CES 2017: Nokia 6 – Telefon Pintar Android Pertama Dari Nokia

CES 2017: Nokia 6 – Telefon Pintar Android Pertama Dari Nokia

Diterbitkan Januari 8, 2017 · Dikemas kini Januari 8, 2017 oleh Haikel Areff

Nokia secara rasmi pada hari ini telah memperkenalkan telefon pintar android pertama mereka, Nokia 6. Seperti yang kita sedia maklum, Nokia merupakan jenama telefon bimbit yang terkenal pada satu masa dahulu dan adakah dengan percubaan ini mereka mampu kembali bersaing dengan jenama telefon pintar yang lain?

A new Nokia 6 smartphone is seen in this handout image

Nokia 6 hadir dengan spesifikasi sederhana berbanding dengan flaghsip bagi jenama telefon pintar yang lain. Nokia 6 menggunakan skrin jenis 2.5D dengan Gorilla Glass yang bersaiz 5.5 inci dengan paparan HD penuh. Telefon pintar ini dibina dengan cip pemprosesan Snapdragon 430 daripada Qualcomm. Selain itu, ia menggunakan memori 4GB RAM berserta ruangan storan 64GB yang dipacu oleh sistem operasi Android 7.0 Nougat. Kamera belakang pula adalah kamera 16MP beserta kamera hadapan 8MP dengan daya tahan bateri sehingga 3,000 mAh.

HMD Global telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan Nokia 6 hanya di pasaran China sahaja buat masa ini dan dipercayai kerana bilangan pengguna telefon pintar yang tinggi di sana (Dijangka 593 juta pengguna pada 2017). Nokia 6 akan dijual pada harga 1699CNY iaitu sekitar RM1100.

Sumber: PhoneArena, Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY