Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
No Time To Die – Lihat Video Acah Terbaru Filem James Bond

No Time To Die – Lihat Video Acah Terbaru Filem James Bond

Diterbitkan September 4, 2020 oleh Nadiah Ab

Video acah terbaru filem No Time to Die dilancarkan semalam dan menampilkan misi yang “mengubah segalanya”.

Video penuh aksi itu banyak menampilkan antagonis Safin (Rami Malek) dan rancangannya yang mungkin mengubah dunia. “We both eradicate people to make the world a better place. I just want to be a little tidier,” kata Safin kepada Bond.

no time to die

Dalam video itu juga, Nomi (Lashana Lynch) mengatakan, “He’s going to kill millions“, barangkali merujuk kepada Safin, bukan 007. Bond kemudian menjawab dengan memberi amaran, “If we don’t do this, there will be nothing left to save.”

Filem terakhir Daniel Craig sebagai 007 menyaksikan Bond sudah lima tahun bersara berikutan peristiwa Spectre. Walaupun begitu, dia terpaksa berkhidmat untuk membantu rakan sekutunya dari American CIA, Felix Leiter (Jeffrey Wright) untuk mengesan seorang saintis (Valdo Obruchev) yang telah diculik oleh pengganas.

Tetapi tentunya tidak akan semudah itu untuk Bond, bukan?

Penglibatan dari musuhnya, Ernst Stavro Blofeld (Christoph Waltz) dan Safin menimbulkan konflik terhadap hubungan dengan kekasihnya, Dr Madeleine Swann (Léa Seydoux). Dan nampaknya Bond dan Blofeld harus bekerjasama kali ini, di mana Blofeld ada menyatakan, “James, fate draws us back together. Now, your enemy is my enemy.”

Filem ke-25 dari francais James Bond, No Time to Die telah ditangguhkan dari Mac ke November. Nantikan tayangannya di Malaysia pada 12 November 2020.

Sumber: CNN & The Guardian

Baca lagi: The King’s Man Ditangguhkan Sekali Lagi Ke Februari 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY