The King's Man merupakan filem prekuel kepada Kingsman: The Secret Service (2015) dan Kingsman: The Golden Circle (2017). Sebelumnya, filem itu telah ditangguhkan ke 18 September 2020, dan baru-baru ini sekali lagi ditunda tayangannya ke 26 Februari 2021.
Berita ini tidaklah mengejutkan kerana pemasaran untuk filem itu juga masih belum dijalankan hingga sekarang. Ini merupakan penangguhan kali ketiga filem itu: asalnya ia dijadualkan untuk ditayangkan pada 15 November 2019, kemudian pertama kali ditangguhkan ke 14 Februari tahun ini, dan seterusnya ke bulan September.
Menurut Deadline, produksi Mouse House mengambil langkah tersebut supaya The King's Man mendapat pelancaran panggung yang lebih baik. Dalam erti kata lain, mereka mahukan filem itu memasuki pasaran utama yang ditutup untuk tayangan filem buat masa ini, termasuk New York dan Los Angeles.
Sekali lagi diarah oleh Matthew Vaughn, The King's Man dibintangi oleh Ralph Fiennes, Daniel Bruhl, Stanley Tucci, Gemma Arterton, Matthew Goode, Aaron Taylor-Johnson, dan Djimon Hounsou.
Plotnya secara ringkas adalah mengenai dalang penjahat terburuk dalams ejarah yang berkumpul untuk merancang perang untuk menghapuskan berjuta-juta orang. Manakala terdapat seorang lelaki dan anak didiknya yang berusaha melawan masa untuk menghentikan penjahat-penjahat itu.
Menurut anda, adakah filem prekuel ini relevan dan masih perlu untuk ditayangkan?
Sumber: Deadline & Variety
Berkaitan
- Dior x Air Jordan 1 OG Idaman Lebih Lima Juta Orang
- NFT Waran Tangkap Nelson Mandela Dijual Dengan Harga Yang Tinggi
- vivo X80 Digunakan Untuk Rakaman Filem 'Chup! Raya Dulu!'
- Kisah Sebenar Di Sebalik Filem 'The Conjuring'
- Penumpang Dari KLIA Ke Langkawi Kini Boleh Gunakan Teknologi Pengecaman Wajah
- Zuckerberg Disaman, Guna 70 Juta Data Pengguna Untuk Politik Dan Donald Trump
- Meta Disaman Bekas Pekerja Kerana Guna Data Yang Telah Dipadam Pengguna
- Teknologi Robot Manusia Di China Lengkap Dengan Urat Dan Bulu Roma
- Meta Zuckerberg Disaman Oleh META, Didakwa Langgar 'Trademark'
- Penggambaran 'The Batman' Kini Disambung Semula Di U.K.