Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nissan Pamer X-Trail e-POWER x e-4ORCE Di KLIMS 2026 – Sah Bakal Dilancar Di Malaysia Suku Keempat Ini

Posted on Jun 11, 2026

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) bersama Nissan secara rasmi telah memperlihatkan model Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Baharu buat kali pertama di peringkat serantau sempena acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 yang membuka tirainya hari ini di MITEC.

SUV berelektrifikasi premium ini disahkan bakal dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada suku keempat (Q4) tahun 2026, sekali gus memperkukuh strategi mobiliti hijau Nissan di Malaysia.

Model kemas kini X-Trail terbaharu ini menggabungkan sistem rangkaian kuasa elektrik e-POWER eksklusif Nissan dengan teknologi kawalan semua roda pintar termaju yang dipanggil e-4ORCE.

Berbeza dengan sistem hibrid konvensional, roda kenderaan ini digerakkan 100% oleh motor elektrik untuk memberikan pecutan serta-merta, operasi senyap, dan pemanduan yang lancar.

Enjin petrol yang terbina di dalam SUV ini tidak disambungkan kepada roda, sebaliknya bertindak secara terpencil sebagai penjana tenaga (generator) semata-mata untuk mengecas bateri.

Ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman pemanduan kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya tanpa perlu bergantung kepada infrastruktur pengecasan luaran (plug-in).

Sistem e-4ORCE pula bertindak mengatasi kelemahan sistem pacuan semua roda (AWD) mekanikal konvensional yang sering mengalami kelewatan penghantaran kuasa.

Dengan menggunakan dwi-motor elektrik, e-4ORCE mampu menguruskan output tork dan agihan brek pada keempat-empat roda secara individu secara masa nyata (real-time).

Melaluinya, kenderaan memberikan tindak balas pengendalian yang lebih responsif, nyahpecutan yang lebih seimbang, serta cengkaman maksimum ketika mengambil selekoh atau melalui permukaan jalan raya yang mencabar dan licin.

Kehadiran model ini melengkapkan portfolio kenderaan e-POWER Nissan di Malaysia, di mana ia dipamerkan bersama-sama model pasang siap tempatan (CKD) Nissan Serena e-POWER serta Nissan KICKS e-POWER di MITEC.

Bagi menarik perhatian pengunjung KLIMS 2026, ETCM turut membawakan konsep ruang pameran unik berinspirasikan seni manga Jepun yang diberi nama “Nissan Crossing Ginza” bagi menonjolkan gabungan budaya kreatif Jepun dengan visi automotif masa hadapan syarikat.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress