Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nintendo direct

Nintendo Switch 2 Bakal Dilancar Hari Ini

Diterbitkan April 2, 2025 · Dikemas kini April 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Nintendo akan melancarkan versi baharu konsol Switch pada Rabu melalui siaran video selama satu jam. Switch 2, yang mengekalkan konsep hibrid seperti pendahulunya, hadir dengan skrin lebih besar, pemprosesan lebih berkuasa, dan reka bentuk yang hampir serupa dengan model asal.

Penganalisis menjangkakan pelancaran ini penting bagi masa depan Nintendo, dengan permintaan tinggi untuk konsol yang lebih berprestasi. Harga dijangka antara USD430 (~RM1,911) hingga USD540 (~RM2,400), dan Nintendo mungkin mengeluarkan enam juta unit pada peringkat awal.

Kejayaan Switch 2 bergantung kepada senarai permainan eksklusifnya. Dalam pratonton Januari, Nintendo memberi petunjuk tentang permainan Mario Kart baharu, satu francais yang sangat popular.

Selain itu, inovasi seperti sistem “kad permainan maya” untuk pinjaman permainan digital boleh menarik lebih ramai pembeli.

Ujian awal Switch 2 akan bermula Jumaat ini di New York, Tokyo, Paris dan beberapa bandar lain, di mana pemain terpilih melalui cabutan bertuah dapat mencubanya terlebih dahulu.

Kepada yang berminat, anda boleh menonton video pelancaran ini nanti pada jam 9 malam waktu tempatan.

https://www.youtube.com/watch?v=DXUmjX7DsP8

Berkaitan

  • Rasmi, Inilah Nintendo Switch 2
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • CEO Xbox Sahkan Rancangan Bawa Permainan Xbox Ke Nintendo Switch 2
  • Nintendo Switch 2 Dijangka Tiba Jun Ini

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY