Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mainvisual Nintendo Switch 2_

Nintendo Dilaporkan Pertimbang Lancar Switch 2 OLED

Diterbitkan Julai 15, 2026 oleh Amsyar Latif

Nintendo dilaporkan sedang menilai kemungkinan memperkenalkan Nintendo Switch 2 OLED, iaitu varian baharu yang menggunakan panel OLED sebagai pengganti paparan LCD pada model Switch 2 sedia ada.

Menurut laporan ZDNet Korea yang memetik beberapa sumber industri, model tersebut masih berada di peringkat pertimbangan dan belum dimuktamadkan.

Jika projek itu diteruskan, pembangunan produk berkemungkinan bermula menjelang penghujung tahun ini, sebelum memasuki fasa pengeluaran sekitar penghujung 2027 atau awal 2028.

Antara perubahan yang dikatakan bakal dibawa ialah penggunaan paparan OLED beresolusi Full HD (1920 × 1080).

Walaupun resolusinya sama seperti Switch 2 semasa, panel OLED dijangka menawarkan pengalaman visual yang lebih baik menerusi warna yang lebih hidup, kontras lebih tinggi serta tahap hitam yang lebih pekat.

Laporan sama turut mendakwa Samsung Display berpotensi sekali lagi menjadi pembekal panel OLED untuk Nintendo. Sebelum ini, syarikat Korea Selatan itu turut membekalkan panel bagi Nintendo Switch OLED yang dilancarkan pada 2021.

Bagaimanapun, sumber industri menjelaskan Nintendo masih belum membuat keputusan muktamad kerana kos pengeluaran panel OLED yang lebih tinggi berbanding LCD boleh menyebabkan harga jualan konsol meningkat.

Faktor kenaikan harga komponen elektronik sejak kebelakangan ini juga dikatakan menjadi antara pertimbangan utama syarikat.

Nintendo sebelum ini melancarkan Switch 2 dengan skrin LCD 7.9 inci beresolusi Full HD.

Melihat kepada strategi syarikat bagi generasi Switch terdahulu, Nintendo lazimnya memperkenalkan model baharu secara berperingkat, termasuk Switch Lite pada 2019 sebelum Switch OLED menyusul pada 2021.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY