Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nikmati  Pengalaman Augmented Reality Bersama Motion Stills

Nikmati Pengalaman Augmented Reality Bersama Motion Stills

Diterbitkan Februari 10, 2018 oleh Wiser MY

Pada Disember yang lepas, Google telah memperkenalkan mod sticker Augmented Reality (AR) untuk peranti Google seperti Nexus 6P dan Pixel. Hasilnya kelihatan mengagumkan dengan pengguna boleh berinteraksi bersama sticker tersebut seperti video di bawah:

Google sudah pun mempunyai perkakasan untuk aplikasi AR seperti Project Tango namun mereka seperti mahu pengguna Android lain juga merasai pengalaman menggunakan AR ini. Walau bagaimanapun, setakat ini hanya peranti Google sahaja dengan pengecualian kepada mereka yang memasang mod ini sendiri melalui akses root.

Tetapi menurut pemerhatian kami di Google Play Store mendapati terdapat aplikasi yang dihasilkan oleh Google yang boleh digunakan untuk peranti Android lain. Walaupun pilihan sticker yang tidak banyak, pengguna boleh merasai pengalaman menggunakan AR melalui aplikasi ini.

Nikmati  Pengalaman Augmented Reality Bersama Motion Stills

Research at Google merupakan divisyen di bawah Google yang melibatkan beberapa penyelidikan melibatkan sains komputer. Aplikasi ini merupakan berita baik kepada mereka yang tidak mahu melakukan modifikasi (root) di dalam peranti telefon pintar mereka dan boleh terus menggunakan fungsi mod ini di dalam telefon pintar mereka.

export (3)

export (5)

Kami juga sedang menghasilkan artikel mengenai mod sticker AR yang menggunakan sumber yang sama Google gunakan untuk Google Cam mereka. Nantikan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY