Jenama teknologi NEXAL secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan beberapa peranti baharu, termasuk NEXAL Pad, NEXAL Earbuds serta siri jam tangan pintar NEXAL Watch.
Antara produk utama yang diperkenalkan ialah NEXAL Pad yang ditawarkan pada harga RM1,099, dengan skrin 11 inci, bateri 10,000mAh serta sokongan sambungan Wi-Fi dan LTE.

NEXAL Pad hadir dengan skrin beresolusi 2.5K dan dijana cip pemproses MediaTek Helio G200, dipadankan bersama RAM 6GB serta storan dalaman 256GB.
Tablet ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Sokongan sambungan LTE pula membolehkan pengguna mengakses internet menggunakan kad SIM tanpa bergantung sepenuhnya kepada Wi-Fi.
Selain itu, NEXAL Pad dilengkapi beberapa ciri produktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI), termasuk fungsi mencatat nota mesyuarat, menyusun idea dan membantu tugasan melibatkan pelbagai bahasa.
Pembelian tablet ini turut disertakan papan kekunci bernilai RM299 serta akses percuma selama enam bulan kepada ciri produktiviti AI bernilai RM60.
NEXAL Pad ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Obsidian Grey dan Aurora Green.
NEXAL Earbuds Dan Watch Series

Selain tablet, NEXAL turut memperkenalkan NEXAL Earbuds pada harga RM199, yang memfokuskan kejelasan suara ketika panggilan dalam persekitaran bising.
Fon telinga ini dilengkapi tiga teknologi utama, iaitu Bone Voiceprint AI Call, Three Mic Hybrid Noise Reduction dan VPU Voice Enhancement bagi membantu mengurangkan gangguan bunyi serta meningkatkan kejelasan suara pengguna.
Dari segi audio, NEXAL Earbuds menggunakan pemacu dinamik 13mm dengan diafragma komposit graphene, selain menyokong pembatalan hingar aktif (ANC), mod Transparency dan pengesanan pemakaian.
Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Midnight Black dan Glacier White.
Harga Nexal Earbuds di Malaysia

Sementara itu, NEXAL turut menawarkan dua model jam tangan pintar, iaitu NEXAL Watch Sport pada harga RM599 dan NEXAL Watch berharga RM399.
NEXAL Pad dan NEXAL Earbuds mula dijual di Malaysia pada 13 Oktober 2026, manakala kedua-dua model jam tangan pintar tersebut sudah tersedia di pasaran.
Kesemua produk boleh didapati melalui Shopee, Lazada, TikTok Shop serta kedai pengedar sah terpilih.
