Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
4 Handheld PC Menarik Tahun Ini

4 Handheld PC Menarik Tahun Ini

Diterbitkan Oktober 12, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Pada masa kini, semakin meningkat permintaan peranti gaming mudah alih. Terdapat segelintir gamers yang ingin membawa game ‘triple-A’ ke mana sahaja mereka berada.

Walaupun pasaran handheld PC tidak mempunyai keluaran setiap tahun, pilihan yang sedia ada sebenarnya masih cukup relevan dan mampu memainkan game terkini pada tahun 2026. Mungkin anda sedang berkira-kira untuk membelinya tetapi tidak pasti di mana hendak bermula? Inilah empat handheld menarik yang patut anda pertimbangkan:

Steam Deck OLED

steam deck oled

Benar bahawa Steam Deck OLED dari Valve bukanlah satu handheld yang baharu kerana ia telah dilancarkan pada November 2023, tetapi ia masih lagi salah satu handheld yang dicari-cari pada tahun 2026. Dua tahun lalu, harganya bermula pada RM3199 bagi varian 512GB, tetapi kini ia bermula pada harga RM3899 disebabkan krisis RAM yang sedang berlaku.

Apa yang menguasai handheld ini ialah cip 6nm AMD APU dengan RAM 16GB LPDDR5 dan pilihan storan SSD 512GB atau 1TB. Satu kelebihan model ini berbanding model sebelumnya adalah skrin 7.4 inci HDR OLED dengan kadar segar semula 90Hz yang pastinya mampu menghasilkan warna hitam yang lebih pekat.

Masuk ke bateri pula, ia dimuatkan dengan bateri 50Wh. Digandingkan dengan SteamOS yang sangat efisien dengan penggunaan tenaga, handheld ini pastinya mampu bertahan lebih lama berbanding handheld lain yang menjalankan Windows. Dengan berat 640g, ia adalah antara yang paling ringan dalam senarai ini, dan sesuai untuk penggunaan yang berpanjangan.

Ia juga sesuai bagi mereka yang sudah biasa menggunakan Steam untuk bermain game dan inginkan pengalaman yang lebih simple tanpa perlu banyak setup.

Tetapi, diingatkan bahawa tidak semua game Windows boleh dimainkan, terutama bagi yang ada sistem anti-cheat. Ia juga kurang sesuai jika anda ingin menggunakannya sebagai peranti 2 dalam 1 iaitu menggunakannya dalam mod ‘docked’ untuk menukarnya menjadi peranti komputer untuk melakukan kerja kerana isu compatibility aplikasi tertentu.

Anda boleh membeli handheld ini di sini: https://invol.me/clnn9lx

MSI Claw 8 AI+

msi claw 8 ai plus

MSI Claw 8 AI+ dilancarkan pada hujung tahun 2024 dan awal 2025, dengan tanda harga bermula RM4,899 bagi varian storan 1TB.

Handheld ini dikuasakan oleh cip 3nm Intel Core Ultra 7 258V dengan GPU Intel Arc 140V. Digandingkan pula dengan RAM 32GB LPDDR5x, ia sememangnya lebih berkuasa berbanding Steam Deck OLED. Baterinya juga lebih besar, iaitu 80Wh.

Skrinnya yang bersaiz 8 inci FHD+ dengan panel IPS dan kadar segar semula 120Hz juga cukup padu. Mungkin panel IPS tidak sebaik OLED pada Steam Deck OLED, tetapi sekurang-kurangnya ia kelihatan tajam dan lancar.

Sistem operasi Windows 11 yang berjalan dalam handheld ini adalah satu kelebihan dan kelemahan.

Ya, ia sememangnya lebih baik berbanding Steam Deck OLED kerana ia boleh menjadi peranti 2 dalam 1 kerana ia boleh digunakan sebagai peranti gaming dan komputer mudah alih apabila dalam mod ‘docked’. Jadinya, apabila anda telah habis bermain game, anda boleh sambung ke monitor dan gunakannya sebagai komputer untuk membuat kerja.

Cuma, Windows 11 kurang efisien dari segi penggunaan RAM, jadi anda akan kekurangan RAM sebelum anda membuka sebarang game. Tetapi, ia tidaklah menjejaskan prestasi gaming sangat kerana adanya 32GB RAM yang telah dinyatakan dari awal.

Satu lagi perkara, GPU Intel masih kekurangan sokongan sesetengah game, jadi pastikan game yang anda ingin main disokong GPU ini.

Dari segi penggunaan, fizikalnya yang seberat 795g memerlukan sedikit kekuatan pergelangan tangan anda. Bagi saya, ia lebih sesuai untuk dimainkan di meja sambil duduk.

Walau bagaimanapun, dengan gabungan bateri 80Wh, 32GB RAM, dan kuasa Windows penuh, ia masih lagi satu pilihan yang solid kerana kemampuannya untuk menjadi peranti 2 dalam 1 yang sesuai untuk kerja dan gaming.

Anda boleh juga beli handheld di sini: https://invol.me/clnmxc5

Siri ASUS ROG Xbox Ally

rog xbox ally x

Seterusnya, hasil kerjasama Asus dan Xbox membuahkan siri ASUS ROG Xbox Ally yang menembusi pasaran secara global pada Oktober 2025. Siri ini mempunyai dua jenis, iaitu ROG Xbox Ally (bermula RM2,699), dan ROG Xbox Ally X (bermula RM4,299).

Bermula dengan ROG Xbox Ally, ia dikuasakan oleh cip 6nm AMD Ryzen Z2 A dengan GPU AMD Radeon, RAM 16GB LPDDR5, storan SSD 512GB, dan bateri 60Wh. Ia hanya seberat 608 gram.

Manakala, ROG Xbox Ally X pula menggunakan cip 4nm Ryzen AI Z2 Extreme yang lebih pantas, dengan RAM sejumlah 24GB LPDDR5x, storan SSD 1TB, serta bateri sebesar 80Wh yang menjadikannya lebih berat, iaitu sekitar 678 gram.

Kedua-duanya menggunakan skrin 7 inci FHD IPS dengan kadar segar semula 120Hz. Sama seperti handheld MSI, ia menggunakan sistem operasi Windows 11 yang dilengkapi UI Xbox Full Screen Experience.

Memanglah ia menggunakan Windows 11, tetapi ia masih lagi lebih baik berbanding handheld MSI kerana cip AMD mempunyai sokongan game dan driver yang lebih baik berbanding cip Intel. Jadi, ia satu pilihan yang sesuai bagi mereka yang inginkan peranti 2 dalam 1 yang juga sesuai untuk kerja dan gaming.

Tetapi, jika anda merasakan model-model ini tidak cukup berkuasa, terdapat model terbaru yang paling premium dalam siri ini, iaitu ROG Xbox Ally X20. Harganya bermula pada RM10,999 dan anda boleh mula prapesan sekarang.

rog xbox ally x20 coming soon
ROG Xbox Ally X20.

Buat masa ini, anda boleh jenguk dahulu ROG Xbox Ally di sini: https://invol.me/clo3j8h

ROG Xbox Ally X pula di sini: https://invol.me/clnmx7f

ROG Xbox Ally X20 pula di sini: https://invol.me/clo3jkq

Lenovo Legion Go Gen 2

lenovo legion go gen 2 no background

Lenovo Legion Go Gen 2 ialah peranti handheld terbaharu dalam senarai ini kerana ia dikeluarkan pada penghujung tahun 2025. Ia dianggarkan berharga sekitar RM6499 bagi varian storan 512GB.

Handheld ini dikuasakan cip 4nm AMD Ryzen Z2 Extreme dan dipadankan dengan RAM 32GB LPDDR5x. Kiranya ia paling berkuasa dalam senarai ini.

Skrinnya pula paling padu kerana adanya panel OLED bersaiz 8.8 inci dengan kadar segar semula 144Hz. Digandingkan dengan bateri 74Wh,  ia juga mampu bertahan lama berdasarkan penggunaan tertentu.

Ia menjalankan sistem operasi Windows 11, jadi ia juga mampu bertindak sebagai peranti 2 dalam 1, dengan tambahan sokongan game dan driver yang baik.

Ciri paling unik adalah controller boleh dicabut daripada peranti. Ciri ini sangat praktikal, lebih-lebih lagi kerana beratnya pada 854g, jadi sangat digalakkan untuk digunakan di atas meja untuk bermain game. Dengan adanya kickstand di belakang, ia boleh berdiri dengan sendiri di atas meja. Jadi, mudah untuk bermain berjam-jam tanpa melenguhkan tangan.

Dari pandangan saya, ini adalah handheld yang terbaik dalam senarai ini. Tengok harga pun, memang faham kenapa.

Handheld ini juga boleh dibeli di sini: https://invol.me/clo3hnp

Jadi, kini anda tahu di mana ingin bermula dalam pengembaraan mencari handheld yang sesuai dengan anda. Teruskan mencari, dan ingatlah untuk membuat kajian sendiri sebelum membeli.

Anda boleh lihat video Wiser oleh saudara Miyoy di sini:

Berkaitan

  • ROG XBOX Ally X20 Bundle Dibuka Untuk Pra-Tempah Di Malaysia, Harga RM10,999
  • 3 Telefon 'Flagship' Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY