Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Guru Akui Teknologi Membantu Mereka Dalam Menyampaikan Pembelajaran Dengan Lebih Baik

New York Haramkan Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Rendah Guna AI

Diterbitkan September 3, 2026 · Dikemas kini September 3, 2026 oleh ariff bukhari

New York melarang penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar sehingga mereka melangkah ke sekolah menengah, umum datuk bandar bandar raya itu pada Rabu, dalam satu langkah yang direka bagi melindungi pendidikan dan kesihatan mental kanak-kanak.

Sekatan selama setahun itu, yang memberi kesan kepada hampir 600,000 murid sekolah awam hingga gred lapan, bakal diperhatikan secara dekat di seluruh Amerika Syarikat memandangkan lembaga sekolah di bandar raya itu merupakan yang terbesar di negara berkenaan.

Hanya pelajar sekolah menengah  biasanya berumur 14 tahun ke atas akan dibenarkan menggunakan kecerdasan buatan dalam program rintis yang terhad, dan mereka akan ditawarkan kelas celik AI dwitahunan.

Chatbot teman, yang direka khusus untuk sokongan emosi, akan dilarang merentasi semua gred.

“Industri teknologi mahu kita percaya bahawa pendidikan awal berasaskan AI bukan sahaja tidak dapat dielakkan, malah satu keperluan. Kami tidak melihatnya sedemikian,” kata Datuk Bandar Zohran Mamdani dalam satu kenyataan.

 

“Kanak-kanak memerlukan guru dan hubungan sesama manusia untuk belajar dan berkembang. Mereka perlu membina kemahiran bersama rakan sebaya, menjalin hubungan dengan pendidik dan bergelut dengan masalah sukar secara kendiri,” tambahnya.

Guru-guru bagaimanapun masih dibenarkan menggunakan AI untuk perancangan pengajaran dan tugasan pentadbiran.

Sepanjang tahun persekolahan 2026-2027, satu pasukan tugasan yang terdiri daripada pelajar, guru, ibu bapa, pegawai terpilih dan pakar industri akan berhimpun bagi menilai impak moratorium ini sebelum menerbitkan pemikiran dan dapatan mereka.

 

“Kami bertanggungjawab untuk memastikan teknologi yang berubah pantas ini menyokong anak-anak kita dan pembelajaran mereka, bukannya menghalang proses tersebut,” kata Gabenor New York, Kathy Hochul pada Rabu.

Peraturan baharu ini menyusuli kerangka awal yang diterbitkan pada Mac lalu yang membenarkan pelajar menggunakan AI bagi tujuan penyelidikan, penerokaan dan projek kreatif, yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan ibu bapa dan guru yang menganggapnya terlalu berlembut.

Sebagai maklum balas, canselor sekolah bandar raya berkenaan, Kamar Samuels berkata bahawa barisan pemimpin telah “tersasar daripada matlamat asal” dalam penyampaian maklumat mereka, sambil menambah pejabatnya akan menyemak semula maklum balas tersebut untuk diserapkan ke dalam peraturan masa hadapan. – AFP

Berkaitan

  • Larangan Media Sosial Bawah 16 Tahun Di Indonesia Mula Berkuat Kuasa
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Google Kembali Dengan Tawaran Google AI Plus Percuma Setahun Untuk Pelajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY