Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (19)

Neuralink Dapat Dana Lagi Sebelum Ujian Ke Atas Manusia Dijalankan

Diterbitkan November 28, 2023 oleh Muhd Idham

Salah satu syarikat milik Elon Musk, Neuralink, yang dahulunya dikenali sebagai syarikat neuroteknologi kini dilaporkan telah mengumpul modal tambahan sebanyak USD43 juta (~RM200 juta). Modal itu dijangka adalah untuk perbelanjaan bagi meneruskan usaha syarikat itu dalam menerokai peluang pembinaan cip untuk membaca gelombang otak manusia.

Hal ini telah dibuktikan di dalam rekod pemfailan SEC (Security and Exchange Commision) Amerika Syarikat apabila perubahan tranche yang diketuai oleh Peter Thiel dilihat meningkat daripada USD280 juta kepada USD323 juta pada awal bulan Ogos.

Berdasarkan kajian daripada Reuters, laporan yang dibuat tentang perdagangan saham yang dilaksanakan oleh Neuralink secara persendirian adalah bernilai lebih kurang USD5 billion (~RM23 billion) secara keseluruhan.

Fungsi sebenar cip pembaca gelombang otak yang ingin dihasilkan oleh Neuralink ini dijangka dapat membuat seseorang individu itu untuk menghasilkan tindakan hanya dengan menggunakan daya pemikiran sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Neuralink telah mencipta satu alat yang menyerupai mesin jahit dengan kebolehan untuk menanam benang ultra nipis di dalam tisu otak pada tahun 2016.

Screenshot 2023-11-27 175102

Sehubungan dengan itu, pihak FDA (Food and Drug Administration) di Amerika Syarikat telah meluluskan Neuralink untuk melakukan ujian terhadap manusia tetapi masih ditangguh oleh pihak Neuralink akibat daripada dakwaan yang dibuat oleh pengkritik.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Android Auto Juga Akan Guna Kemas Kini Google Maps Terbaru
  • SHARGE Lancar 3 Produk Baharu Bertema "The Wandering Earth II"
  • Steam Akhirnya Secara Rasmi Sokong DualShock Dan DualSense

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY